Thursday, December 8, 2011

Syaitan pun TAKUT!

kongsi maklumat dari emel yang diterima. Baca dan Fahamkan
 

"SETAN PUN TAKUT "

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!........Tazkirah buat semua SAHABAT....


Ada seorang Manusia yang bertemu dengan SETAN di waktu Subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat Tali Persahabatan. Ketika waktu Subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan Solat, maka SETAN pun sambil tersenyum bergumam,

"Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan Solat, SETAN tersenyum lebar sambil berkata, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di Akhirat nanti..!"

Ketika waktu Ashar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, Setan mulai terdiam...... Kemudian ketika datang waktunya Maghrib, temannya itu ternyata tidak Solat juga, maka SETAN nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.


Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan Solat Isya, maka SETAN itu sangat panik. Ia rupanya tidak bisa menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang Manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita..!"

Dengan keheranan Manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?".

"Aku takut!", jawab SETAN dengan suara gementar. "Nenek Moyangku saja yang dulu hanya SEKALI membangkang pada perintah-Nya, iaitu

ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah DILAKNAT-NYA; apalagi engkau yang hari ini saja ku saksikan telah LIMA kali

membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu!",

Kata SETAN sambil beredar pergi.......SOLATLAH KAMU!!!

Wednesday, November 30, 2011

Alhamdulillah... Its our 25th Anniversary

Buat isteriku

by Ahmad Norain on Wednesday, November 30, 2011 at 10:29am
Isteriku
Pernikahan atau perkawinan,
Menyingkap tabir rahsia
25 tahun bersama mu
Yang punya cita-cita,
Membangun keturunan yang Soleh dan solehah....
Mengajar kita kewajiban bersama,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar bersamaNYA
dan belajar bersyukur kepadaNYA
Sama sama membina iman akidah dan tauhid dalam redhaNYA
Istriku…
Aku, Kau dan DIA adalah satu kesatuan
Lewat perasaan yang tak terpisahkan
Dari lahut bertemu syahadah
Dengan titipan nur NYA hinggalah ke lahut kembali bersatu
Istriku…
Cinta yang berakhir bahagia adalah bukti
Kau bukan ungkapan tapi kehidupan
Dan amanah yang akan ku pelihara hingga aku dipanggil TUHAN

Tuesday, September 27, 2011

Pesanan yang tidak putus-putus

Kadang-kadang kita dapat emel yang sama berulang kali. Kita rasa macam bosan, "dah tau dah, apa la hantar lagi". Tapi kita sedar tak kenapa Allah pilih kita untuk terima seruan yang sama berulang kali....
Mungkin kita cuma dengar, tapi tak hayati dan laksana. Mungkin kita ada tugas memanjangkan seruan itu kepada yang lain. Jadi ini respon kepada orang yang memperlekehkan seruan kepada kebaikan. (peringatan kepada diri juga)


Saudara, 
Sebahagian orang perlu dipujuk dengan ganjaran, 
Sebahagian lagi cukup dengan perintah saja.
Sebahagian lagi pula ... "Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akan beriman. (Q2 Al Baqarah :6 )" . Nauzubillahiminzalik!

Yang penting ialah niat ikhlas orang yang memulakan catatan emel yang dah berulang kali masuk inbox ni. Dia berpesan-pesan dengan kesabaran dan kebenaran.

Q16 - An Nahl:25  Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

Tugas kita menyeru saja. 

Yang menyampaikan seruan dan hidayah hanyalah Allah SWT sahaja.
Mudah-mudahan Allah kurniakan kepada kita kita kebesaran Surah Al Ikhlas ini. 

Besandar bulat kepada Allah, sesungguhnya "Allahus Samad (Q.112:2)"
Wassalam.

Tuesday, September 13, 2011

Selamat Hari Raya! Maaf Zahir Batin

Wow, lama juga tak update blog ni.
Baru hari ni ada mood nak sign in.
Baru hari ni nak wish Happy Raya?  astaghfirullah
Puasa 6 pun belum berjaya diselesaikan.

Macam2 peristiwa sepanjang Syawal ni.
Menjadikan aku dan family busy tak menentu
First Syawal tak jadi solat raya di Surau Darul Ali (nangis dalam hati)
Maka hiburkan hati dengan sesi fotografi pelbagai aksi dengan family dan saudara mara
Solat di Surau kampung aja, imam over confident tak bagi tazkirah sebelum solat,
sudahnya dia yang terbabas masa masuk rakaat ke2. Aku cuma mengeluh sedih.
Pakcik, solat ni bukan buat hari-hari, ramai yang lupa kaedah.
Tak salah berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran.

Second Syawal @ Merdeka Day sungguh bermakna.
Lepas satu rumah ke satu rumah saudara, kami beraya
Bergambar beramai2 ikut suka.
paling best bila sesi bergambar di rumah abang long.
Tak pernah lagi layan bergembira dan bergambar dalam suasana ceria begitu.
Alhamdulillah, sedih rasa terubat juga.

Sebenarnya sangat bersyukur kerana anak sulung tak jadi ke Somalia
jadi dia yang enjoy sakan masa raya ni... isy isy isy

Then raya ke 3 masih dalam mode beraya dengan sanak saudara sebelum pack n go balik rumah. Sampai rumah layan laundry dan kemas beg semula sebelum bergegas ke rumah mak pula. Datanglah ramai sepupu yang memang setahun sekali saja jumpa bersama anak2 yang semakin besar dan semakin ramai. Penat tak terkata tapi sangat bahagia.

Petang Jumaat balik ke rumah. Tapi masa singgah di Mc D untuk supper, tiba2 terima mesej dari FB kak long kata ada wartawan BERNAMA cedera kena tembakan di Somalia. Sebu dan sayu rasa hati tak dapat di kata. Bukankah kaklong sepatutnya ada disana? Besyukur, tapi kasihan kepada yang tercedera. Lepas beberapa ketika, dikhabarkan dia dah meninggal dunia. Innalillah...


Hari Sabtu dah kami ke Cyberjaya. Busu ajak datang open house dia. Sesi bbq dan jamuan pizza di tepi kolam bersama keluarga sini dan sebelah uncle. Budak2 berebut main kolam, orang besar berebut karaoke.

Lepas tu dah kena balik, sebab anakanda2 berdua nak balik hostel. Isnin pula nak kerja.
Wawa balik dihantar ayahnya hari ahad. Fadhil balik hari Isnin pagi sebab tiket bas habis.
Kuliah pagi Isnin dia burn... tak patut...

Dan Ahadnya Kak long yang dah masuk kerja sejak Sabtu, juga diarah buat liputan semasa rombongan dan jenazah itu dibawa balik. Kematian Jurugambar Bernama TV Allahyarham Noramfaizul menjadi tumpuan seluruh negara. Dan yang pasti, sekali lagi sangat bersyukur kerana anakanda yang dikasihi tidak jadi pergi. Besarnya percaturan Allah berbanding rancangan manusia.


Aku dah masuk kerja hari isnin. Layan kerja tertangguh untuk competition November nanti.
Tapi rasa pinggang sengal sangat. petang keluar awal ke Wangsa Maju lagi.
Tapi besoknya jadi worse.So Jumpa Dr di kampus dan dia beri ubat n rehat 1 hari.
Sakit tak kurang, tapi masih tunggu esok in case berubah.
Rupanya nak direhatkan. Bila ke hospital esoknya kena masuk wad untuk rawatan lanjut dan observation.
Fisio after fisio. Adalah kurang sikit. Dua malam duduk ward.
Dapat jumpa sahabat2 Shah Alam yang lama tak jumpa.
Macam2 jajan dibawa mereka. Happy sangat dapat jumpa.
Keluar wad tengahari sabtu. Terus ke cyber lagi memenuhi janji dengan busu.
Sengal dah kurang tapi kebas masih ada sampai hari ni.
Tak apalah, dugaan datang tak pasti bila dia nak pergi.

Yang pasti, seronok mengahabiskam masa bersama keluarga dan saudara.
Adayang biasa dan ceria, ada yang rasa besar dan tinggi.
Biarlah, asalkan kamu bahagia.
Selasa baru masuk kerja semula.
Dan pastinya, melangit kerja yang menanti.
Tapi Alhamdulillah dapat diurus dengan senang hati.

Penat, memang penat. tapi bahagia.
Dah penat bebel pun, so, sampai sini dulu.
Babai blog. Entah bila mood akan datang lagi.

Monday, August 22, 2011

Indahnya doa ini - Petikan dari Bicarawara bersama Ustaz AA Gym

"Allahumma solli ala Muhammad wa ala alihi wa ashabihi ajmain

Alhamdulillah Ya Allah
Wahai yang Maha Mendengar
Wahai Yang Maha Menatap
Wahai Yang Maha Tahu Segala-galanya

Ya Allah,
Sayangilah kami
Ampuni seburuk apapun perangai kami
Hapuskan sekelam apapun masa lalu kami
Ampuni ya Allah sebanyak apapun dosa-dosa kami
Ampuni segala ketidak jujuran kami selama ini
Ampuni janji-janji yang tiada kami tepati
Ampuni amanah yang kami khianati

Ya Allah
Berikan kami kesanggupan memberikan yang terbaik dalam hidup ini
Ya Allah luaskan ilmu kami
Tambahlah pengalaman kami yang manfaat
Jadikan kehadiran kami di dunia ini
Menjadi bukti keindahan agama Mu
Menjadi bukti keindahan Islam
Menjadi bukti manfaat Islam

Allahumma inna as aluka ridhakaw Al Jannah
Wa nauzubika  minsakhatikaw An Narr

Hanya Engkau yang kami tuju Ya Allah
Hanya Engkau yang kami rindu!
Dan kepada Mu lah kami akan kembali
Berkahilah ikhtiar kami ini

Rabbana aatini fidduniya hasanah
Wafil aakhirati hasanah
Wakinna adzaaban Nar

Amiin Ya Allah, Rabbal Alamin "

Monday, August 1, 2011

Kuliah Al Hikam

Alhamdulillah, diizinkan Allah yang Maha Pemurah untuk menikmati Ramadhan sekali lagi.
Paling seronok bila Ustaz membuka semula Kuliah Kitab Al Hikam. Acara istimewa sepanjang Ramadhan di surau kami Al Munawarah.

Akan kucuba catit pengajian setiap hari, semana mampu, sebagai pringatan dan bimbingan untuk diri ini yang selalu leka dan lemah.
Ya Allah, hanya dengan izin dan redha Mu. Amiin.

Semak diri dari waktu solat ke waktu solat

Kay Khalid  
Al Quran itu manja. Kerana itu ia dekat dihati. Mukjizat Rasulullah SAW yang ditinggalkan untuk kita umatnya. Biasakan mencari makna surah yang dibaca dalam solat. Kalau imam yang baca, bertanyalah pada yang tahu. Sampai masanya nanti, hati akan tahu sendiri ayat mana yang sedang dibacakan. Dan bila semak makna, semak juga apa yang telah kita lalui. Begitu guru saya mengajarkan. Antara cara Allah menegur dan membimbing kita dalam melalui kehidupan sehari-hari

Wednesday, July 27, 2011

Ayat seribu dinar...

Fahami maksud petikan dari Surat At-Talaq ini.

"...... sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (3) "

Ayat ini juga digelar Ayat Seribu Dinar. Dihafal sungguh-sungguh oleh ramai orang yang berhajat kepada kesenangan dan kemewahan harta duniawi. Tapi janganlah untuk memohon ditambahkan rezeki duniawi semata. Rezeki keampunan, ilmu, iman dan akidah itu lebih besar maknanya.

Luasnya kuasa dan ilmu Allah dilimpahkan kepada kita kerana kebesaran Ar Rahman dan Ar Rahimnya. Bukanlah kita yang mengaturnya bila dan bagaimana. Kalau sudah tertulis hidayah sampai begini, siapalah si dia yang mahu menafikannya.

Istiqamahlah wahai sahabat.

Friday, July 22, 2011

Perkongsian - Syair "Perrahu" daripada Hamzah Fansuri

Inilah gerangan suatu madah
mengarangkan syair terlalu indah,
membetuli jalan tempat berpindah,
di sanalah i’tikat diperbetuli sudah


Wahai muda kenali dirimu,
ialah perahu tamsil tubuhmu,
tiadalah berapa lama hidupmu,
ke akhirat jua kekal diammu.


Hai muda arif-budiman,
hasilkan kemudi dengan pedoman,
alat perahumu jua kerjakan,
itulah jalan membetuli insan.


Perteguh jua alat perahumu,
hasilkan bekal air dan kayu,
dayung pengayuh taruh di situ,
supaya laju perahumu itu


Sudahlah hasil kayu dan ayar,
angkatlah pula sauh dan layar,
pada beras bekal jantanlah taksir,
niscaya sempurna jalan yang kabir.


Perteguh jua alat perahumu,
muaranya sempit tempatmu lalu,
banyaklah di sana ikan dan hiu,
menanti perahumu lalu dari situ.


Muaranya dalam, ikanpun banyak,
di sanalah perahu karam dan rusak,
karangnya tajam seperti tombak
ke atas pasir kamu tersesak.


Ketahui olehmu hai anak dagang
riaknya rencam ombaknya karang
ikanpun banyak datang menyarang
hendak membawa ke tengah sawang.


Muaranya itu terlalu sempit,
di manakan lalu sampan dan rakit
jikalau ada pedoman dikapit,
sempurnalah jalan terlalu ba’id.


Baiklah perahu engkau perteguh,
hasilkan pendapat dengan tali sauh,
anginnya keras ombaknya cabuh,
pulaunya jauh tempat berlabuh.


Lengkapkan pendarat dan tali sauh,
derasmu banyak bertemu musuh,
selebu rencam ombaknya cabuh,
La ilaha illallahu akan tali yang teguh.


Barang siapa bergantung di situ,
teduhlah selebu yang rencam itu
pedoman betuli perahumu laju,
selamat engkau ke pulau itu.


La ilaha illallahu jua yang engkau ikut,
di laut keras dan topan ribut,
hiu dan paus di belakang menurut,
pertetaplah kemudi jangan terkejut.


Laut Silan terlalu dalam,
di sanalah perahu rusak dan karam,
sungguhpun banyak di sana menyelam,
larang mendapat permata nilam.


Laut Silan wahid al kahhar,
riaknya rencam ombaknya besar,
anginnya songsongan membelok sengkar
perbaik kemudi jangan berkisar.


Itulah laut yang maha indah,
ke sanalah kita semuanya berpindah,
hasilkan bekal kayu dan juadah
selamatlah engkau sempurna musyahadah.


Silan itu ombaknya kisah,
banyaklah akan ke sana berpindah,
topan dan ribut terlalu ‘azamah,
perbetuli pedoman jangan berubah.


Laut Kulzum terlalu dalam,
ombaknya muhit pada sekalian alam
banyaklah di sana rusak dan karam,
perbaiki na’am, siang dan malam.


Ingati sungguh siang dan malam,
lautnya deras bertambah dalam,
anginpun keras, ombaknya rencam,
ingati perahu jangan tenggelam.


Jikalau engkau ingati sungguh,
angin yang keras menjadi teduh
tambahan selalu tetap yang cabuh
selamat engkau ke pulau itu berlabuh.


Sampailah ahad dengan masanya,
datanglah angin dengan paksanya,
belajar perahu sidang budimannya,
berlayar itu dengan kelengkapannya.


Wujud Allah nama perahunya,
ilmu Allah akan [dayungnya]
iman Allah nama kemudinya,
“yakin akan Allah” nama pawangnya.


“Taharat dan istinja’” nama lantainya,
“kufur dan masiat” air ruangnya,
tawakkul akan Allah jurubatunya
tauhid itu akan sauhnya.


Salat akan nabi tali bubutannya,
istigfar Allah akan layarnya,
“Allahu Akbar” nama anginnya,
subhan Allah akan lajunya.


“Wallahu a’lam” nama rantaunya,
“iradat Allah” nama bandarnya,
“kudrat Allah” nama labuhannya,
“surga jannat an naim nama negerinya.


Karangan ini suatu madah,
mengarangkan syair tempat berpindah,
di dalam dunia janganlah tam’ah,
di dalam kubur berkhalwat sudah.


Kenali dirimu di dalam kubur,
badan seorang hanya tersungkur
dengan siapa lawan bertutur?
di balik papan badan terhancur.


Di dalam dunia banyaklah mamang,
ke akhirat jua tempatmu pulang,
janganlah disusahi emas dan uang,
itulah membawa badan terbuang.


Tuntuti ilmu jangan kepalang,
di dalam kubur terbaring seorang,
Munkar wa Nakir ke sana datang,
menanyakan jikalau ada engkau sembahyang.


Tongkatnya lekat tiada terhisab,
badanmu remuk siksa dan azab,
akalmu itu hilang dan lenyap,
(baris ini tidak terbaca)


Munkar wa Nakir bukan kepalang,
suaranya merdu bertambah garang,
tongkatnya besar terlalu panjang,
cabuknya banyak tiada terbilang.


Kenali dirimu, hai anak dagang!
di balik papan tidur telentang,
kelam dan dingin bukan kepalang,
dengan siapa lawan berbincang?


La ilaha illallahu itulah firman,
Tuhan itulah pergantungan alam sekalian,
iman tersurat pada hati insap,
siang dan malam jangan dilalaikan.


La ilaha illallahu itu terlalu nyata,
tauhid ma’rifat semata-mata,
memandang yang gaib semuanya rata,
lenyapkan ke sana sekalian kita.


La ilaha illallahu itu janganlah kaupermudah-mudah,
sekalian makhluk ke sana berpindah,
da’im dan ka’im jangan berubah,
khalak di sana dengan La ilaha illallahu.


La ilaha illallahu itu jangan kaulalaikan,
siang dan malam jangan kau sunyikan,
selama hidup juga engkau pakaikan,
Allah dan rasul juga yang menyampaikan.


La ilaha illallahu itu kata yang teguh,
memadamkan cahaya sekalian rusuh,
jin dan syaitan sekalian musuh,
hendak membawa dia bersungguh-sungguh.


La ilaha illallahu itu kesudahan kata,
tauhid ma’rifat semata-mata.
hapuskan hendak sekalian perkara,
hamba dan Tuhan tiada berbeda.


La ilaha illallahu itu tempat mengintai,
medan yang kadim tempat berdamai,
wujud Allah terlalu bitai,
siang dan malam jangan bercerai.


La ilaha illallahu itu tempat musyahadah,
menyatakan tauhid jangan berubah,
sempurnalah jalan iman yang mudah,
pertemuan Tuhan terlalu susah.


~ Hamzah Fansuri

Thursday, July 21, 2011

Ahli Baru Keluarga Acu

Hari Isnin 18 Julai 2011 @ 16 Syaaban 1432  Mohammad Kazim Iman selamat dilahirkan.
Alhamdulillah ibu dan anak sihat belaka.
Iman lahir 3.7kg! Wow montelnye! Senang nak pegang.
Oh bahagianya ada baby di rumah!
(Along? Bila la mak nak timang cucu?)

Ini rupa dia dihari ke 3.
Masih rupa "perut" kata orang tua tua. hehe.  Hensem anak acu ni...
geramnya pipi...!

interaksi dengan pak lang.
inilah saat manis pertemuan kami yang pertama!


saya tidur dulu la ya

Friday, July 15, 2011

Must DO! Debt management tips by Suze Orman

Watched OPRAH on TV2. (Back to free tv fter getting rid of ASTRO! - Congratulations to me.. hehe)

Old episode regarding debt management but very relevant and current to me.

Tips on credit card
1. Pay more than the minimum
2. Pay the credit which has the higher interest rate.
3. Do not cancel the credit card until you finish paying off all the debt in other cards too. - avoid decreasing your credit limit in the FICO (BNM) records.

Expenditure
1. Separate  NEEDS and WANTS. Cut off WANTS cos you are okay without them.
2. Have a  8 MONTH EMERGENCY SAVINGS in case of rainy days. Especially unexpected rainy days.
3. Increase you savings - derived from money saved by cutting on WANTS. Try to add 20% fro what you currently save now.  It gives you peace at heart when you have more in the savings.
4. Have an Education Fun. Money you need in the next 5 years for your children. Don't use it till the time come.


Retirement action plan
Don't panic when the market goes down - if your oney in in the stocks.
Spend on buying new stocks - keep investing in your retirement fund cos its a good time to invest until the market goes up again
but if you are already 50, its not a good time to start investing.

Self Pledge - challenge yourself.
For just 1 day, don't spend money at all
For one week, go without credit card
For one month, not to eat out at the restaurant

Monday, July 11, 2011

Riadah 1432

Perjalanan 50 hari bermula hari ini.
Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan melaluinya.


Q2: 153 Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

Q2:155 Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

Q2: 156
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun".


Q2:157 Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

Ya Allah... Hanya dengan izin dan redha Mu,  Perkenankanlah...

Tuesday, June 28, 2011

AlQuran dan Sains

Hari ini mencari artikel Dr Jamnul berkaitan peristiwa Isra' Mikraj. Lalu Allah temukan dengan blog ini.
http://cikgusaiful.blogspot.com/2009/09/intipati-terakhir-ceramah-ustaz-dr.html

Banyak lagi kupasan AlQuran dan Sains.  Bagus untuk menambah ilmu.
Semoga dapat mengungkap hikmah disebalik segalanya.
Semoga Allah memberkati usaha murni Cikgu Saiful ini.

Firman Allah dalam surah Al Fussilat ayat 53
سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ

Kami perlihatkan kepada mereka tanda-tanda adanya Kami di ufuk raya dan dalam diri  mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?

Tiada daya dan upaya kami melainkan dengan izinmu Ya Allah.

Wednesday, June 15, 2011

Ayah

Hari ini sudah setahun ayah pergi meninggalkan kami, mengikut hitungan masihi.
Mengikut hitungan hijrah - 2 Rejab1431
Dalam hati masih tergantung rasa rindu
Pada belai manja dan suaranya.
Walau hanya ucapan nasihat dan gurauan.
Tidak tergambar sarat pilu menanggung rindu ini.

Al Fatihah untuk ayah yang dikasihi dan dirindui.
Semoga ayah bahagia, aman dan lapang di sisiNya
Semoga Allah terus melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya keatas mu
Semoga rasa ini diizin bersamaku selama-lamanya
Amiin.

Bahan Bacaan Tambahan

Dah lama tak update blog ni.
Lebih lama berada di blog orang lain.

Selalu jumpa Ustaz AA Gym ini di TV. Kali ni boleh baca di sini. Terima kasih pada Abu Aaqil di http://chromosome.wordpress.com
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum,
Saya pasti ada yang pernah mengikuti progam Bicarawara di Astro Oasis. Bagi yang pernah, pasti tahu cara penyampaian Aa Gym yang mudah difahami. Saya berpeluang mencari maklumat lanjut tentang beliau, memang agak tersentuh mengenali latar belakang belaiu. Saya pasti, ilmu yang disampai dengan ikhlas, pasti peroleh barakah dan manfaat pada orang ramai.

http://chromosome.files.wordpress.com/2010/04/aagym1.pdf

Semoga ada manfaat!

Wednesday, May 4, 2011

Al Qaf - Ayat 38 - 45

  Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
  • Dan demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah. (38)  
  • Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu) dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam. (39)  
  • Serta bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan sesudah mengerjakan sembahyang. (40)  
  • Dan dengarlah (apa yang diterangkan kepadamu sekarang ini mengenai hari kiamat), hari (malaikat yang menjadi) penyeru, menyeru (makhluk-makhluk yang telah mati) dari tempat yang dekat (yang dapat didengar oleh semuanya), (41)  
  • Iaitu hari mereka mendengar pekikan seruan yang menyatakan perkara yang benar; hari seruan itu ialah hari masing-masing keluar dari kubur. (42)  
  • Sesungguhnya Kami menghidupkan dan mematikan dan kepada Kamilah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk). (43) 
  •  Pada hari bumi terbelah-belah untuk mereka segera keluar (daripadanya). Perbuatan (menghidupkan dan) menghimpunkan mereka di Padang Mahsyar itu, mudah bagi Kami melaksanakannya. (44)  
  • Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan (dari berbagai tuduhan terhadapmu wahai Muhammad) dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya masing-masing beriman). Oleh itu, berilah peringatan dengan Al-Quran ini kepada orang yang takutkan janji azabKu. (45)

Tuesday, May 3, 2011

Kenangan manis (tesimpan lama dalam deraf)

Jamu selara dengan Mak n Ayah

Anakanda ku semuanya 6 orang

My Darlings

Amin @ PMC

Siti @ Pusrawi
Sis Niza n Cik Fairuz

Mum n Daughter
Angah n Ehsan di R n R Utara
Di Port malam Khamis

hari ni tergerak hati membuka folder gambar2 lama.
Masing2 ada memoir.
mahu diabadikan disini
Asiari


comel tak?



Depan Rumah. Riuhnya kat bekang tu

Dengan orang2 kuat INTEC 2009

Birthday Girl - Prof Beep yang dikasihi

Jenguk Wawa di Transkrian


Cik Siti Rozana Afiqah

Angah n Along di pekan AG Melaka

Pertama kali ke Puncak Alam

Wawa dengan idolanya (dulu la)

Fadhil the lasak boy

a

Tuesday, April 26, 2011

Iman

Pesanan guruku,

Bila sudah dikurnia iman, jaga sebaik2nya.  
Pada hakikatnya, sudahkah kita Mukmin?  
Iman itu anugerah Allah. Salah satu namaNya. 
Bila jadi Mukmin, bererti memakai nama Allah. 
Kerana itu Nabi SAW berdoa 
"Ya Allah, hidupkan kami dalam iman, 
matikan kami dalam iman dan 
kumpulkan kami dalam golongan orang2 beriman." 
Iman yang Allah agihkan itu mestilah dijaga 
dan naikkan tahapnya hingga jadi mukmin.
Iman tidak kekal, akan pudar dan gugur jika tidak dijaga. 

Ampuni aku Ya Allah
Bimbinglah diriku yang selalu lalai ini
Aku mohon izin dan redhaMu Ya Allah

Monday, April 18, 2011

Nasyid ini menitiskan airmata ku

Allahumma salli 'ala,
Sayyidina,
Muhammadin an-Nabiyyi al-ummiyyi,
Wa 'ala alihi wa sahbihi wa sallim.
(O Allah, send your peace and blessings upon our Master Muhammad, the Unlettered Prophet, and upon his family and companions.)
O My Lord,
My sins are like
The highest mountain;
My good deeds
Are very few
They’re like a small pebble.
I turn to You
My heart full of shame,
My eyes full of tears.
Bestow Your
Forgiveness and Mercy
Upon me.
Ya Allah,
Send your peace and blessings
On the Final Prophet,
And his family,
And companions,
And those who follow him.

- sami yusuf

Pengajaran dan Peringatan dari Al Anfal

As Salam.  Peringatan untuk diri ini. Petikan-petikan dari Surah Al Anfal. 
Bergetarkah hatimu bila menghayati ayat-ayat ini?

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafik) yang berkata: Kami dengar, padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya). (21)  

Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya). (22) 

Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu. Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangat berat azab seksaNya. (48)


Dan (amatlah ngerinya) kalau engkau melihat (wahai orang yang memandang), ketika malaikat mengambil nyawa orang-orang kafir dengan memukul muka dan belakang mereka (sambil berkata): Rasalah kamu azab seksa Neraka yang membakar. (50) (Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya. (51)  

Sesungguhnya sejahat-jahat (makhluk) yang melata di sisi (hukum dan ketetapan) Allah ialah orang-orang yang ingkar (yang degil dengan kekufurannya). Sebab itu mereka tidak (mahu) beriman. (55)  

Kerana itu sudah diingatkan berkali-kali supaya:

Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. (24) Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya. (25)
 


Thursday, April 7, 2011

Kuliah sudah bermula

Kuliah bermula sejak isnin, tapi aku tak dapat hadir sebab demam.
Selasa baru menunjukkan muka.
Tajuk yang sangat relevan.
Dalam diam hati mengakui semua kata guru.
Memang sedar semasa tergelincir pun.
Walau degil tapi hati tau, Allah yang mendatangkan semua ujian.
Tapi masih merungut kenapa Allah uji seberat ini
Adakah Allah tidak sayang lagi pada ku
Nafsu berkira-kira dan berjual beli dengan Allah.
Lalainya...
Hingga terlupa perkara utama itu
Bahawa ujian diturunkan untuk menguji iman
"Apa benar kamu orang beriman?"

Al Ankaabut 2 dan 3 menjelaskan


أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ (٢) وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ (٣)
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (3)


Maka benarlah diri ini masih dikasihi dan dilihat Allah dan Rasulullah

Soalan guru yang sangat meruntun hati
"Dihati Baginda, penuh dengan "Ummati...Ummati...!
Dihati kamu ada siapa...?"

Mengapa masih sombong, lalai dan lupa...
bukankah aku TIDAK PUNYA APA-APA!
Semuanya ini milik DIA.

Astagfirullah... terima lah aku kembali
Janganlah kau lepaskan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata
aku tidak berdaya Ya Allah
Peliharalah iman ku agar ia tidak pergi meninggalkan aku
Ampuni aku... terimalah aku...
Amiin ya Rabbal Alamiin

Exam datang lagi

April sudah menjenguk.
Musim peperiksaan sudah sampai.
Kembali sibuk mengatur jadual agar tidak bertembung.
Mohon Allah permudahkan semua.
Mohon tiada kecelaruan dan kerosakan.
Amiin...

Monday, March 28, 2011

Hurt ? Unhurt? Very Hurt... :((

repost from a blog. saddened

Pencil: I’m sorry….
Eraser: For what? You didn’t do anything wrong.
Pencil: I’m sorry cause you get hurt because of me. Whenever I made a mistake, you’re always there to erase it.But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
Eraser: That’s true. But I don’t really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong.Even though one day, I know I’ll be gone and you’ll replace me with a new one, I’m actually happy with my job.
So please, stop worrying. I hate seeing you sad.
@thestoryteller@juspalotaku

Tuesday, March 8, 2011

Isnin yang PANASSSS

Semangat kerja tinggi. Sudah siap nak mesyuarat dengan 'orang-orang besar'.
Tiba-tiba disuruh batalkan sebab ada mesyuarat lain yang tak cukup quorum.
Berjenuhlah menelefon untuk batalkan janji.
Mesyuarat meleret-leret untuk semak permohonan guna wang rakyat
ada yang lurus, ada yang telus, tidak cicir yang cuba menangguk di air keruh

Kembali ke pejabat selepas zohor. Penat dan panas.
Buka muka buku untuk melegakan penat tapi apa yang ku dapat?
Tayangan hebat itu belum habis lagi rupanya.
kali ini lebih berani. malah katanya ada yang lebih berani.

Maaflah
matlamat tidak pernah menghalalkan cara
apa juga alasannya.
bila kecundang, radang, dendam bertandang
mengecam, menghina, mengejek jadi bahan hilai tawa
ini semua kerja gila!
Iya...
kalau hasratnya tercapai
pasti semuanya dihalalkannya
pasti semua pekung ini ditutup elok
hanyirnya pun tidak terbau

Namun
Belum habis panas ku
diberitakan pula tukaran perjalanan
kepada sesuatu yang dulunya dia sendiri merendah-rendahkan

Apakah aaku sedang di hina Allah?
Ya Tuhan, aku mohon ampunan Mu
Si tanduk menghasut kata
kerana dosa dia, kamu semua sama terpalit

aku mandi, aku mohon api ini dipadamkan
hangat terus menerpa hingga ke muka
kemana hilang sabarku?
kenapa kalah begini?
malah wajah di cermin tidak sanggup ku lihat. merah, panas dan marah.

Selesai maghrib, kepala kunjung berpusing.
anak dikasihi membantu melurut kekejangan
perlahan-lahan air mata jatuh.
Ya, airmata seorang perempuan
itu lah ubat yang telah Kau siapkan
untuk melerai bebanan gunung yang dipikul

perlahan-lahan
panas itu pergi
sakit itu sirna
dan hati kembali tenang
Pujuklah
aku perlu tempat bergantung.

Thursday, March 3, 2011

Bananas in Pyjamas


Ever grab a snack but then feel hungry again 20 minutes later? Next time, reach for a banana. It’s loaded with Resistant Starch (RS), a healthy carb that fills you up and helps to boost your metabolism. Slightly underripe medium-sized bananas have 12.5 grams of RS—more than most other foods. Ripe bananas give you 4.7 grams of RS, still enough to keep hunger pangs away. Check out these tasty ways to work in this wonder food.
Blueberry Oat Pancakes with Maple Yogurt
Resistant Starch: 4.6g

Ingredients:
Old-fashioned rolled oats, low-fat cottage cheese, eggs, vanilla extract, blueberries, cooking spray, Greek-style low-fat yogurt, maple syrup
Calories:
410
Try this recipe: Blueberry Oat Pancakes with Maple Yogurt


Banana and Almond Butter Toast
Resistant Starch: 5.6g

Ingredients:
Almond butter, rye bread, banana
Calories:
280
Try this recipe: Banana and Almond Butter Toast


You know that eating breakfast jump-starts your metabolism. But did you realize that certain a.m. choices can crank up your fat-burning even more?
The key: eating a breakfast that’s high in Resistant Starch (RS). Found in foods like bananas and oats, RS actually signals your body to use fat for energy.

itu kata  Shaun Chavis dalam Yahoo Shine hari ini.

Kata Prof. Di Raja Ungku Aziz, makan sebiji pisang setiap pagi akan mencergaskan otak. Belajar senang masuk.

Tapi kata seorang pakar motivasi (yang dah lupa namanya),
kita boleh makan pisang sebiji sehari saja. kalau banyak nanti perangai serupa monyet. Sebab pisang tu makanan si monyet.

Setujukah? Anda pilih...

Tuesday, March 1, 2011

Mac datang lagi...

1 Mac 2011 - Datuk Zamani dilantik sebagai President Bank Islam.
Tahniah Pak Andak! Semasa majlis tahlil di rumah Allahyarham Paklang Zizan malam tadi semua ada, kecuali Pak Andak. Rupaya ada tugas berat yang baru dipikul... Alhamdulillah.
Semoga diberkati Allah dan success selalu.

Former BNM Deputy Governor Made Bank Islam Chairman
KUALA LUMPUR, March 1 (Bernama) -- Former Bank Negara Malaysia Deputy Governor Datuk Zamani Abdul Ghani has been appointed Chairman of Bank Islam Malaysia Bhd, effective Tuesday.
A Bank Islam statement said Zamani's credentials were rare and invaluable and would add tremendous value to the board and management team of Bank Islam.

The board of directors described his appointment as for the betterment and growth of Bank Islam and looked forward to work with Zamani to bring the Bank to greater heights.

-- BERNAMA



2 Mac 2011 - Tahun ini pertama kali ayah tiada di hari ulangtahun kelahirannya. Rindu tidak putus. AlFatihah.

10 -22 Mac 2011 - Umrah dan Ziarah (Semoga Allah memperkenankan permohonan kami. Visa belum lulus.) Ya Allah yang Maha Mengasihani dan Maha Memberi, Terima lah kami sebagai tetamu Mu yang diredhai. Amiin.

Monday, February 28, 2011

Allahyarham Azizan Abdul Ghani (25 Rabiul Awal 1432)


28 Februari 2011 bersamaan 25 Rabi'ul Awal1432. 
Perkhabaran Pak Lang Zizan sudah kembali ke Rahmatullah disampaikan oleh ibuku Hjh Meriam lewat jam 2 petang tadi. Ada tugas di Terengganu, jatuh sakit malam tadi dan meninggal pada paginya. Anak2 semua baru mahu memulakan perjalanan untuk mendapatkan si ayah yang ditemani ibu. 
Kehendak Allah mengatasi perancangan insan.

Allahyarham adalah seorang mentor bagi ku. Belajar pandai, baik hati dan selalu senyum. Kalau adik dan anak buahnya malas belajar dia bertukar jadi garang. Pak lang jadi contoh bagi kami. Dikalangan keluarga dialah yang pertama menjejak kaki ke Universiti. Lulus Universiti Malaya di tahun 70an! Kemudian ke luar negara pula. Aku memandang tinggi padanya.  Berkahwin dengan pilihan ibu sebab tak kisah mencari jodoh. 6 orang puteri yang cantik2 mengisi kebahgiaan mereka.

Selamat jalan Pak Lang.   Semoga tempatmu mulia disisiNya. 
Doa dan Fatihahku mengiringimu dalam penghijrahan ini. 


Al Fajr 27-30: Hai jiwa yang tenang.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridai-Nya.Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku.

Hadaplah wajahmu kemana saja, engkau akan mendapat pertolongan




Tawajjuh haithu shi’ta fa-innaka mansur  (turn wherever you will, you will be assisted.) 
- ini sebahagian kalimah pada khatamun nubuwwah
http://suarapenawar.blogspot.com/2010/03/khatamun-nubuwwah.html

Hari ini ketika mencari-cari maklumat, jumpa kisah Rasulullah SAW  itu di sini. 
http://www.muhammadanreality.com/historicaleventmuhammadreality.htm

Janji Allah itu PASTI!
Aku rindu padamu Ya Rasulullah!

GERAM!

Pagi-pagi dah hangin.

Tukang sepah ramai sangat.
Penat dah menyuruh dan melarang, tapi vitamin M mereka sangat kuat.
Tak susah hidup berperaturan, TAU TAK?
GERAM!

Monday, February 21, 2011

Lessons Learned - Ujian Sabar dan Syukur dari Umrah & Ziarah

Hari ini ulang dengar after action review kerja umrah tahun lepas. Mudah-mudahan mendapat iktibar dari pengalaman yang lepas.
  1. Talbiah: Kad Jemputan dari Allah. Ikrar kita kepada Tuhan. Mesti buat sungguh-sungguh. Menginsafi diri. Sedar nak ke mana, nak buat apa.  Minta Allah terima sebagai tetamu. Jangan cakap tak serupa bikin.  Tundukkan nafsu dan kemewahan termasuk nama dan pangkat. Surah Al Haj : Seruan Nabi Ibrahim, Allah yang sampaikan. Datanglah ke Tanah Suci ini. Bukan dengan kemewahan dan duniawi. Hanya hati yang bersih dari sifat mazmumah dapat mendengar panggilan Allah ini. Serahkan diri 100% di tangan Allah.Biarlah Allah melayani kita mengikut kehendakNya. Walau dah banyak kali pergi, layanan Allah tidak sama. Jangan over confident.
  2. Perpisahan dengan keluarga: Jangan sedih. Tinggalkan mereka di tangan Allah. Perjalanan ini perkara yang baik. Jemaah yang bersama itulah keluarga kita sekarang. Take care of each other.
  3. Visa: Hampir tidak lepas kerana masalah kuota. Berkat doa dan munajat, lepas juga.
  4. Imigresen di Jeddah: Ujian sabar - Menunggu lama & 3 passport hilang. Semua masih boleh senyum. Selesai dengan bertaubat.
  5. Hotel: Bilik kecil tiada almari, duduk bertiga. Masih dapat bersyukur mendudukan sabar.
  6. Berjalan ke Masjidil Haram: Talbiah, Tasbih dan istigfar tidak putus. Tubuh dan hati bergetar dan terharu. Air mata kesyukuran yang sangat tulus.
  7. Tiba di Pintu 56: Laksanakan istigfar, doa dan langkah kaki kanan. Istigfar yang sangat hebat terutama dari jemaah first timer. Bersedia terima apa saja layanan Allah.
  8. Wakafkan selipar: Mula2 ikhlas, bila banyak kali, ada yang mula merungut. Ramai yang masih senyum juga dengan gurau senda dari Allah ini.
  9. Melihat Kaabah: Semua terpegun dan gementar. Benar-benar bertauhid dan bertakbir serta memuji kebesaranNya.
  10. Tawaf: Dilaksana dengan tawaduk, nafsu yang tunduk. Tidak rakus atau bertolak-tolak. Tidak tamak, bertimbangrasa dengan jemaah lain yang juga mahu menyentuh Kaabah.
  11. Tahajud 1: Melihat tingkap dan pintu. Sujud dan solat yang diberi Allah dihadapan Kaabah.
  12. Tahajud 2: Mengenal hati. Bacaan biasa sehingga Penjuru Syams, diikut apa-apa bacaan yang tergerak di hati hingga Hajar Aswad. Kenali hati dan diri dari ayat yang disampaikan ke hati.
  13. Tahajud 3: Tawaf Rohani. Tawaf pusingan ke 7, hanya Lailahaillallah - Kalimah tauhid dan pengesaan sehingga Rukun Yamani kemudian sambung dengan "Ilahi, anta maksudi, waridha kamatluubi." Hanya Allah arah tuju kita bukan Kaabah lagi. (Itulah kali akhir tawaf untukku kerana esoknya sudah uzur). Kesan yang sangat-sangat dalam!
  14. Kaabah: Tidak menghijab Allah. Dapat menundukkan hati. Berkasih sayang dengannya. Sekali sekala hati bertanya, kenapa aku tidak rasa kagum pada mu seperti sahabat2 yang lain? Mengapa aku hanya kagum dan sayang kamu bila berjauhan? Adakah hatiku sekeras batu? Bagaimana harus kuletakkan kamu di hati?  Peluang untukku terbuka dengan izinNya untuk menyentuh Kaabah banyak dan sedikit mengikut masa dan sisi. Hijr Ismail sentiasa penuh, tapi berjaya juga berbisik dengannya di bawah pancur mas. Diizin berdoa dan sujud di Multazam. Dapat masuk kelambu di Multazam. Akhirnya, rasa paling syahdu semasa tawaf terakhir. Sujud dan menangis seperti anak kecil dalam pelukan ibu di kaki Multazam. Marsyal yang berkawal pun tidak berkutik. Tiada ganguan dari sesiapa, bagai hanya aku dan dia saja di sana. Rasa diri terlalu kerdil, hampir tiada. Terasa lemah segala sendi dengan kebesaran kasih sayangNya. Ketika kembali ke ruang solat dalam masjid, terasa Kaabah menjawap persoalanku. Katanya "kau boleh sayang dan kasihkan aku sebagaimana kau kasih dan sayangkan AlQuran, senang kan?" Aku hanya mampu sujud syukur dengan airmata yang melimpah ruah. Ya Baitullah dan Alquran sentiasa dihati. Selepas Allah dan Rasulullah s.a.w.  Semoga dapat kekal begitu. Subahanallah!
  15. AlQuran: Sangat indah diizin membaca dan mendengar bacaan Al Quran berulang-ulang. Muhasabah diri dengan surah dan ayat yang mendatang. Pada tawaf terakhir Allah mengurniakan "Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Pengampun". Semua ayat yang diterima bagaikan jatuh diubun-ubun sendiri. Diri jadi lemah dan tidak bermaya dengan kehebatan kebesaran, kuasa dan kasih sayangnya.
  16. Ruang makan: Ujian Habluminannas. Kecil dan sempit jika dibanding kami yang 76 orang, dan penghuni hotel yang lain. Tapi kebahagiaan tetap ada bersama kami. Peluang amal timbangrasa dan sabar. Melahirkan akhlak yang baik dan mengerat kasih sayang sesama jemaah. kata Ustaz, kantin itu biasan Hijr Ismail - ruangnya sempit tapi cukup untuk tempat berkasih sayang.
  17. Akhlak: Menggambarkan amalan hidup selama ini, keputusannya disana. Akhlak yang bagaimanakah sebenarnya diri ini. Rakus? Sabar? Tamak? Pemurah? Pengasih? Penyayang?  Pemaaf? Sombong? Takkabur? Harapan- jadi hamba yang diredhai dan diampuni Allah.
  18. Tidak rakus dalam beribadah: Jaga hubungan dengan jemaah lain. Seimbangkan habluminannas dengan habluminAllah.  Jika dapat ruang strategik, mestilah berpada, ingat, ramai lagi umat Islam yang menanti peluang untuk tempat yang sama.
Pengalaman pertama itu sangat berkesan dihati. Membuka keupayaan RASA yang tidak dapat dihuraikan. Melihat DIA dalam segala tempat dan keadaan. Serasa tidak mahu pulang. Tapi tempoh jemputan sudah tamat. Alhamdulillah, tiada pengalaman getir. Allah melayani bagi sang puteri. Pesan Ustaz bagi yang mengalami kesukaran, walau apapun yang terjadi, pahit getir yang dilalui, jangan serik kembali lagi. Belajar dan bangunlah  dari kelemahan dan kesilapan-kesilapan lalu.
Semoga Allah mengizinkan datang lagi untuk Umrah dan Haji. Aku berdoa moga Umrah kali ini lebih bermakna untuk membaiki diri zahir dan batin demi mencari jalan lurus untuk kembali kepada Nya.

Friday, February 18, 2011

Solat yang berpanjangan

Al-A'laa 14-15: Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri; dan dia ingat Tuhannya, lalu dia mendirikan solat

 
3 syarat utama untuk solat yang berpanjangan
1. Suci hati nurani (rujuk sini)
2. Sedar diri (lisan dan perlakuan)
3. Kosong diri (hamba yang sempurna)

Perkara 2 dan 3 dihuraikan di sini

Friday, January 28, 2011

More on health and wellbeing

After reading this, I need a makeover! Gosh, bermotivasi la pulak pagi Jumaat ni.


11 mistakes women make in middle age By Ashley Macha

Let’s not kid ourselves. Getting older is a drag, and middle age is particularly fraught with tension. Part of the problem is that aging often requires change, but most women don’t want to move to a frumpy town called Middle Age, where sensible shoes and boring clothes are de rigueur. Here are the 11 most common mistakes aging women make—and how to avoid them.

1 Not realizing you need to change
The biggest mistake women make is not doing anything at all. Hair, makeup, and clothing that made you look fantastic in your younger years, often won’t cut it as you grow older. If you want to age gracefully, you’ll need to make some changes.

2 Not spending enough on your clothes
It’s a challenge to find flattering clothes at any age, but it’s even harder in middle age. You’ll probably need to fork over more dough for body-squeezing swimsuits and well-fitted business clothes that do the trick.

3 Comparing yourself to you in your 20s
Have your kids ever asked, “Who’s that pretty lady in your photo album?” You’re not alone. Few people look as attractive in middle age as they did in their younger years. So take a walk down memory lane if you must, but don’t get depressed if you run into your younger self.  The goal is to look as good as you can—and be as healthy as you can—not recreate the body and face you had decades ago.

4 Skipping exercise
Tempted to stop working out as you get older? (Or use it as another excuse not to start?) Sorry, that won’t cut it. You’ll have to exercise despite the aches and pains of middle age—the bum knee, tricky back, or it-just-makes-me-feel-like-hell feeling. Exercising can actually relieve pain, and stave off health problems in coming years, such as creeping weight gain, diabetes, heart disease, or dementia.

5 Not getting enough sleep
While it may be tempting to shortchange sleep, particularly if you’re juggling parent- and child-care duties, this may be one more thing you need to change. Fewer hours of sleep are more likely to show up on your face, true. But it’s also linked to a greater risk of diabetes and other health problems, which become even more important as you age.

6 Ignoring your teeth
You may be focusing on your wrinkles or thinning hair, but don’t forget to smile at yourself in the mirror. One thing that can make you appear older is yellowing teeth, but it is about more than just looks. Dental health is closely linked with overall health, and gum disease—which gets more common as you age—has been associated with a higher risk of heart problems. So don’t skip those visits to the dentist.

7 Overdoing anti-aging efforts
This is a common mistake made by celebrities and real women alike. No one likes crow’s-feet or laugh lines, but a frozen Botox face or scary lip plumping isn’t a great look either. The right skin products (such as those containing retinol) can help diminish fine lines and wrinkles. If you’re not happy with the result, then explore other alternatives—but don’t aim to look like a teen again. “No wrinkles can be unrealistic and unnatural,” says Grufferman.

8 Thinking there are hair “rules”
The fact is that your hair will probably get more gray and thin as you age, and the texture may get coarser as well. Choose a cut and color that’s flattering, keeping in mind that it probably won’t be the cut and color that worked for you in your 20s and 30s.

9 Using the wrong makeup
The makeup colors and brands you’ve been wearing for years probably don’t reflect what’s best for your skin anymore. For a more natural look, Grufferman suggests using a magnifying mirror and having a “lighter touch” when applying. Keep your cosmetic bag current—replace foundations, powders, and concealers every 6 months to a year, and steer clear of dated makeup styles too.

10 Settling for a boring sex life
Our culture tends to sell the message that young equals sexy, but you don’t have to buy into it. You should have the confidence and freedom to dress and feel as sexy as you want to, and explore your sexual needs as well

11 Wearing the wrong bra
It’s inevitable—gravity has an impact on our bodies. But while you might be saggy where you were once perky, that doesn’t mean you have to stay that way. The right underwear can help lift and slim your body, so re-evaluate your undergarments and invest in some new pieces.