Thursday, November 1, 2012

Ahmad Amin - 15


Monday, September 3, 2012

Harapan yang tidak putus-putus...

Sedutan dari Blog Prof Kamil:  http://muhdkamil.org/blog/2012/08/31/kt-1/

Harapan yang tidak putus-putus...

Setahun yang lepas, setiap kali berjumpa dengan jemaah, saya sering bertanya – “Apakah lima perkara yang bersungguh mahu kita laksanakan setelah pulang dari menunaikan fardhu haji?”
Konsepnya sangat mudah. Setiap jemaah mahukan haji mabrur. Haji mabrur tiada balasan kecuali syurga. Maksudnya – mengikut aturan – haji mabrur bukanlah ukurannya berdasarkan apa yang telah kita laksanakan semasa musim haji tetapi melangkaui seluruh usia kita.
Bahasa ringkas, ia hanya bermula sejurus meninggalkan Jeddah ataupun Madinah.
Natijahnya, sepanjang berada di sini, istiqamahlah dengan apa yang ingin dibawa pulang. Misalnya jika mahu dipertimbang,

Pertama, jika bercita-cita mahu solat berjemaah di masjid, usahlah di sini menjadi culas dan cepat tewas dengan cuaca, jarak atau pengaruh rakan sebilik.

Kedua, jika pulang nanti mahu kekal bangun malam, maka di sinilah latihan yang perlu disemai biar nikmat bangun solat malam itu meresap ke seluruh jiwa dan perasaan.
Jangan lupa, waktu Mekah dan Madinah lewat 5 jam daripada waktu Malaysia. 2 pagi di sini bersamaan jam 7 pagi di Malaysia. Usah besarkan tidur!
Ibadat haji umpama kita kembali ke zaman kanak-kanak bila masa ibu dan ayah mengajar kita menggosok gigi yang kekal sehingga ke hari ini. Ia proses sehingga kita ke alam remaja.

Ketiga, jika mahu memahami al-Quran, tanamkan niat untuk membacanya dan membaca terjemahan al-Quran. InsyaAllah, al-Quran akan menjadi teman kita sepanjang hayat.

Keempat, belajarlah puasa sunat terutamanya puasa hari Isnin dan Khamis kalaulah puasa nabi Daud itu terlalu sukar. InsyaAllah, Allah akan berikan rasa nikmat sebenar-benar berpuasa.
Lalu bila pulang ke Malaysia – InsyaAllah – kita tidak akan memilih berbuka puasa di rumah dengan meninggalkan solat Maghrib berjemaah di masjid.

Allah… Allah… Allah… biar kita menjadi golongan yang sedikit daripada jemaah yang berjuta.
Kelima, bersihkan hati sanubari. Sesungguhnya tiada sekutu bagi Allah, tiada sekutu bagi Allah. Lakukan segala-galanya keranaNya. Banyakkan berdoa, bertaubat dan meminta kepadaNya. Dan rutin inilah yang mahu dibawa pulang diamalkan sepanjang hayat.

Insya Allah, Amiin Ya Allah.

Wednesday, April 4, 2012

Kekasih

Bila membanding untung diri dengan seorang sahabat, maka timbul rasa sangat bersyukur di kurniakan suami yang penyabar, penyayang dan penyantun.
Suami yang melihat ke hadapan, bukan sekadar apa yang ada dihadapannya sahaja.
Seorang suami yang bijaksana, tidak sekadar di sini.
Seorang suami yang melihat, mendengar dan merasa segala disekelilingnya dengan matahati yang besih suci.

Alhamdulillah, aku bersyukur padamu Tuhan, kerana mengurniakan aku suami terbaik.
Yang dapat menjadi pemimpin bagi diriku dan keluarga kami, untuk hidup aman di dunia dan akhirat nanti.
Restui dan redhakan kami Ya Allah, semoga rasa aman tenteram dan kebahagiaan ini dipinjamkan selama-lamanya.

Untukmu sahabat,
Semoga Allah memperkukuhkan kesabaran dan kekuatanmu dalam menempuhi dugaan.
Sesungguhnya ujianNya hanya bagi mereka yang mampu.
Sabarlah, sesungguhnya selepas kesulitan itu ada kemudahan. Itu janjiNya.
Kita tidak dapat menyingkap takdir. Andai dia berubah dan kembali kepada jalan yang benar,
kita semua sangat bersyukur.
Andai dia ditakdirkan pergi, semoga Allah menggantikan dengan yang lebih baik.

Segala-galanya ditangan Allah.
Allah mendatangkan ujian dalam susah dan senang untuk melihat kepada siapa kita akan meminta.

Ya Allah.
Kurniakanlah yang terbaik untuk sahabatku wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.
Tiada daya dan upaya, melainkan dengan izinMu
Ameen Ya Rabb.
Tuliskan pengalaman!
Tuliskan rasa syukur
Tuliskan rasa sabar
Tuliskan rasa pesona
Tuliskan rasa hamba
Tuliskan rasa malu
Tuliskan rasa kerdil
Tuliskan rasa aman
Tuliskan rasa rindu
Tuliskan bukti KebesaranNya
Tuliskan bukti Kasih SayangNya
Tuliskan tanda RahmatNya
tulis kan... tuliskan...

Cukupkah tinta mu?
Dapatkah kau hitung kurniaanNya dan limpahan rahmatnya?

Makan nikmat tuhanmu yang manakah yang kau dustakan

Monday, March 5, 2012

Labbaik Allah Humma Labbaik

Labbaik Allah Humma Labbaik
Labbaik Allah Humma Labbaik
Labbaik ala Shareeka laka Labbaik
Labbaik ala Shareeka laka Labbaik
Innil Hamda, Innil Hamda
Wan Ni’mata, Wan Ni’mata
Laka wal Mulk, Laka wal Mulk
Laa Shareeka Lak
Demikianlah talbiah bersahut-sahutan.
Ya Allah kami penuhi jemputan mu
Permudahkanlah jalan kami
Jinakkanlah hati kami
Kosongkanlah nafsu kami
Wahai Allah yang Maha Mengasihani
sentiasa kami menghitung waktu
untuk kembali ke Baitullah yang mulia
dan menziarahi insan yang sangat dicinta
Muhammad Rasulullah Sallallahu alaihi wassallam
Suburkanlah jiwa kami
Bersihkanlah hati kami
Ampuni kami
Redhai kami
kerana tiadalah daya dan upaya kami
melainkan dengan izinMu ya Allah.... 
Amiin, Ya Rabbal Alamin 
Labbaik Allah Humma Labbaik
Labbaik Allah Humma Labbaik
Labbaik ala Shareeka laka Labbaik
Labbaik ala Shareeka laka Labbaik
Innil Hamda, Innil Hamda
Wan Ni’mata, Wan Ni’mata
Laka wal Mulk, Laka wal Mulk
Laa Shareeka Lak

Thursday, January 12, 2012

Terkenang..

Assalaammualaikum...

Lama sudah tidak menulis di sini.
Malam tadi tergerak hati mahu mencatatkan kenangan manis itu.

Waktu maghrib masuk sebaik saja kami selesai mengerjakan umrah.
Maghrib didirikan di Marwah.
Sambil menanti solat isya, kami bergerak perlahan mencari kawasan berhampiran dataran.
Jangan mimpilah jemaah wanita nak dapat dekat Kaabah.
Suami saja yang pergi dulu, dan janji jumpa semua di tiang sekian-sekian.
Aku duduk menekur lantai sambil meneruskan zikir dan selawat.
Azan Isya pun dilaungkan dan sejurus kemudian iqamat meyusul.
Lazimnya, jarak antara azan dan iqamat agak panjang, kecuali bagi solat maghrib.
Hati tertanya-tanya tapi tidak mengangkat muka.

Solat Isya itu serasa aneh. Bacaan Imam laju. Surah juga pendek-pendek.
Macam Allah sengaja beri recess pada aku yang dah pancit ni.
Dan pantas sahaja sudah selesai.

Kemudian barulah aku mengangat muka.
Oh! barulah aku tau
dan segera beralih supaya tidak dirempuh orang yang berlari masuk kedalam masjid
Hujan rahmat sedang turun mencerah-curah di bumi Makkah
Selebat-lebatnya!
Ada yang mengambil kesempatan bertawaf dalam hujan,
ada yang lari kerana pakaian putih yang nipis.
Wanita arab di sebelahku mengangkat tinggi tangannya , bertakbir dahn bertasbih sambil senyum gembira.
Mereka sangat bersyukur melihat hujan yang turun.

Aku menunggu sehingga suami datang kembali,kami tersenyum besar.
Juga gembira dan sangat bersyukur dengan kurniaanNya
Kemudian kami keluar mengambil sepatu dan masuk semula untuk turun ke dataran bermain hujan.
Semasa itu sudah renyai-renyai sahaja.
Hijir Ismail sudah ditutup.
Asalnya tadi orang berebut-rebut menunggu air yang turun dari pancur mas,
hingga ada yang tergelincir dan jatuh hingga luka di kepala.
Aku cuma menyimpan hasrat sujud syukur di dataran,
Indahnya pengalaman.

Mudah-mudahan dikurniakan lagi keindahan Tuhan
Amiin...
terjumpa video ni. the same time!

http://www.youtube.com/watch?v=W-nciQ04BHA&feature=related