Friday, October 30, 2015

Assalaamualaikum wr wb

Sesungguhnya Baginda Rasulullah SAW sangat sayangkan umatnya. 
Kita semua dibekalkan harta yang sangat berharga dan penting supaya dapat berkumpul bersama baginda di akhirat kelak.
Carilah, dan hayatilah. 

Antara yang utama:

1. Agama Islam  
Agama yang sempurna. Menyempurnakan semua agama Tauhid sejak zaman Nabi Adam a.s.

2. Kitab Al Quran
Al Quran sebagai mukjizat yang kekal sehingga hari ini. Loveletters from Allah, perintah dan ingatan untuk kita supaya buat yang disuruh dan tinggalkan yang ditegah.  Jadilah pemelihara dan penghayatnya - jadi Al-Hafiz sebenar bukan sekadar hafazan. 

3. Al-Hadis dan Sunnah 
Sebagai panduan menjalani  hidup ini. Semuanya telah dilalui oleh Baginda Rasulullah untuk kita. Jadikan Baginda sebagai contoh.  Mulakan dari yang mudah2 dulu,dan istiqamahlah. 
Hadis:  Barangsiapa yang menegakkan sunnahku dikala umat sudah rosak, maka baginya pahala 1000 syahid. 
Banyakkanlah berselawat, kerana sekali kita berselawat, Allah dan malaikat balas 10 kali (As Sajdah:56).  Begitu tinggi martabat dan fadhilat selawat itu. Sebab tu Nabi SAW kata orang yang bakhil tu ialah yang tidak berselawat bila namaku di sebut.  Kita bukan bakhil kepada dia, tapi kepada diri sendiri. Alangkah ruginya.

4. Umat yang bergelar MUSLIMIN 
Supaya umatnya dapat menjadi orang Islam yang MUKMIN.  Yang layak masuk syurga hanyalah ialah orang MUKMIN. Dapat dimanfaatkan ilmu dan ketaqwaannya kepada yang lain.  Berkasih sayang sesama manusia, terutama sesama Islam, sentiasa berjemaah.  Nabi SAW dulu lagi dah anjurkan TEAMWORKING.

5. Syahadah yang sempurna. 
Sedar dan menyaksikan kita hidup sebagai hamba Allah SWTdan umat Muhammad SAW. Bukan sekadar ucapan kalimah syahadah, tapi menghayati dan menyatakannya.  


Macam senang je kan, tapi nak istiqamah dan mendudukkannya memang banyak dugaan.
Semoga Allah meminjamkan kekuatannya kepada kita untuk mencari keredhaanNya.


Wassalamualaikum wr wb.

Tuesday, July 7, 2015

Assalaamualaikum wr wb

Sesungguhnya Baginda Rasulullah SAW sangat sayangkan umatnya. 
Kita semua dibekalkan harta yang sangat berharga dan penting supaya dapat berkumpul bersama baginda di akhirat kelak.  Carilah, dan hayatilah. 

Antara yang utama:

1. Agama Islam  - agama yang sempurna. Menyempurnakan semua agama Tauhid sejak zaman Nabi Adam a.s.

2. Kitab Al Quran
Al Quran sebagai mukjizat yang kekal sehingga hari ini. Loveletters from Allah, perintah dan ingatan untuk kita
supaya buat yang disuruh dan tinggalkan yang ditegah.  Jadilah pemelihara dan penghayatnya - jadi Al-Hafiz sebenar bukan sekadar hafazan. 
3. Al-Hadis dan Sunnah -  sebagai panduan menjalani  hidup ini. Semuanya telah dilalui oleh Baginda Rasulullah untuk kita.
Jadikan Baginda sebagai contoh.  Mulakan dari yang mudah2 dulu,dan istiqamahlah. 
Hadis:  Barangsiapa yang menegakkan sunnahku dikala umat sudah rosak, maka baginya pahala 1000 syahid.
Banyakkanlah berselawat, kerana sekali kita berselawat, Allah dan malaikat balas 10 kali.        
As Sajdah:56 
               
Begitu tinggi martabat dan fadhilat selawat itu. Sebab tu Nabi SAW kata orang yang bakhil tu ialah yang tidak berselawat bila namaku di sebut.
Kita bukan bakhil kepada dia, tapi kepada diri sendiri. Alangkah ruginya.

4. Umat yang bergelar MUSLIMIN supaya umatnya dapat menjadi orang Islam yang MUKMIN.
Yang layak masuk syurga hanyalah ialah orang MUKMIN. Dapat dimanfaatkan ilmu dan ketaqwaannya kepada yang lain.
Berkasih sayang sesama manusia, terutama sesama Islam, sentiasa berjemaah.  Nabi SAW dulu lagi dah anjurkan TEAMWORKING.

5. Syahadah yang sempurna. Sedar dan menyaksikan kita hidup sebagai hamba Allah SWTdan umat Muhammad SAW.
Bukan sekadar ucapan kalimah syahadah, tapi menghayati dan menyatakannya.  

Macam senang je kan, tapi nak istiqamah dan mendudukkannya memang banyak dugaan.
Semoga Allah meminjamkan kekuatannya kepada kita untuk mencari keredhaanNya.


Wassalamualaikum wr wb.

Thursday, June 25, 2015

Apa khabar blog.
Penat dah bekerja.
Rasa hati nak bersara awal.
Tapi belum ada apa2 persediaan.
Jalan-jalan jumpa laman ni.
Nasihatnya bagus.
Terima kasih ya.

http://thevocket.com/17-persediaan-sebelum-berhenti-kerja/

Jom semak dah boleh bersara lom...

// 1. Sediakan simpanan 36 bulan perbelanjaan bulanan. (Perbelanjaan asas seperti ansuran rumah,kereta,makan dan lain-lain)
// 2. Kurangkan komitmen hutang pada bank, sebaik-baiknya terus langsaikan hutang piutang yang ada.
// 3. Sebaik-baiknya telah ada kelengkapan asas (rumah/kereta)
X 4. Buat bisnes yang aliran tunai pantas (trading). Elakkan model bisnes consigment untuk permulaan.
X 5. Buat bisnes secara sambilan dahulu, cuba selama 6 bulan, jika pendapatan bersih dari bisnes 3kali ganda melebihi gaji pokok, boleh buat keputusan.
X 6. Jauhi model bisnes yang memerlukan kita untuk membuat pinjaman dahulu.
(pinjaman untuk kembangkan bisnes atau bisnes sudah stabil boleh  dipertimbangkan)
X 7. Kenalpasti tujuan utama mahu membuat bisnes. Mahu banyak duit atau mahu kaya-raya?
Banyak duit= Kaya sendiri. Kaya-raya = Legasi perniagaan
X 8. Persediaan mental dan emosi sangat penting. Sebab tu perlu ada simpanan 36 bulan perbelanjaan bulanan supaya apabila bisnes jatuh, punyai ketenangan jiwa untuk berfikir.
// 9. Jika ada simpanan RM3,000 hanya guna RM1,000 sahaja untuk memulakan bisnes. (Guna 1/3 simpanan sahaja supaya kita masih boleh bernafas sekiranya bisnes jatuh)
X 10. Pastikan kita telah dikelilingi dengan sahabat dan mentor bisnes bagi mengekalkan momentum.
X 11. Jika mahu terus terjun dengan bidang yang diminati, berkuli dengan mereka yang telah berjaya dan dapatkan pengalaman dengan mereka sebelum mula buat sendiri.
// 12. Dapatkan restu dari ibu bapa atau suami/isteri (keberkatan)

// 13. Bersedia untuk ikat perut sekiranya pada fasa pertama bisnes masih belum untung. (Jika 6 bulan tidak untung, tutup dan fokus bisnes lain atau tukar lokasi)

Hmm... banyak X dari //
Kena buat persiapan dulu, nanti kita semak lagi ya Blog.
Bye now..

Wednesday, June 3, 2015

Yang ini puisi cik abang sempena ulang tahun kelahiran ke 52. 
Setiap tahun dapat satu. Alhamdulillah... 
Romantic juga suami ku..

Langit berarak meniti angin
Menyisakan titik embun gerimis yang turun
Menanti detik menanti waktu
Mencuba untuk tidak menutup mata
Sambil menggerakkan jiwa mengusir kantuk yang membelai kelopak mata
Aku yakin Tuhan sedang menemani
Menunggu waktu pergantian hari
Ada cinta yang kusimpan dihati
Ada doa yang kupendam disanubari
Ada kasih yang kujaga untuk kau miliki
Ada janji yang kuingin hanya dalam genggamanmu
Usiamu kini telah bertambah
dan duduk menadah beramal ibadah
sebuah keharusan untuk menyatakan syukur ke hadrat Nya
dan mengharapkan akan lebih baik kedepannya
nikmat hidup, nikmat kesihatan adalah sebuah anugerah
pengalaman hidup bersama kita jadikan modal
bahwa kita bisa lebih baik lagi
dan bisa lebih bersyukur lagi
Ukirlah harimu dengan penuh warna
sambutlah setiap saat dengan penuh redha
lakukanlah pekerjaanmu dengan penuh keikhlasan
sandarkanlah semuanya sebagai ibadah
aku akan sentiasa bersamamu, insya Allah
Meski baru sesaat bersamamu
Tetaplah hal terbaik dalam hidupku
Ada sebuah hadiah untukmu
Ada cinta untukmu
Cinta berbungkus ketulusan dan harapan
Bergumam DOA bersama
Memohon keabadian cinta
Memohon segala kebaikan menemanimu
Dan saat akan kukatakan sepatah kata
SELAMAT ULANG TAHUN HARI KELAHIRAN BUAT ISTERI KU
--Tika dan saatnya aku berjalan - Ahmad Norain
Simpan pesanan yang baik itu di sini. Sinis tapi sangat benar! Terima kasih Ibnu Fatini atas pesanan ini.

* PLASTIK BOCOR *
Hati2 dengan plastik bocor. 
  • Kamu ambil wudhuk dgn sempurna tapi membazir air (plastik bocor)
  • Kamu solat, sedekah, baca Quran, pegi haji n umrah banyak kali tapi kamu membuat fitnah tentang orang.. (plastik bocor)
  • Kamu beri banyak sedekah kat org miskin tapi kamu mempergunakan dan melukai mereka (plastik bocor)
  • Kamu bangun tahajud, puasa dan taat pada Allah tapi kamu putuskan tali silaturrahim dengan keluarga (plastik bocor)
  • Kamu puasa dan sabar dengan ujian lapar dan dahaga tetapi kamu bersumpah, mengganggu, mengacau dan tak boleh kawal marah kamu (plastik bocor)
  • Kamu pakai abaya dan tudung tapi minyak wangi kamu bau kuat (plastik bocor)
  • Kamu muliakan dan layan baik tetamu kamu tapi bila dia balik, kamu cakap belakang pasal semua kekurangan dia (plastik bocor)
  • Kamu berkorban kesenangan kamu demi anak dan suami tapi kamu merungut setiap masa membuatkan mereka rasa bersalah (plastik bocor)
  • Kamu doa mohon keampunan, Allah beri kamu sakit, kamu mula merungut buat org sekeliling kamu tertekan (sedangkan sakit pengampun dosa) (plastik bocor)

Jangan kamu kumpul semua amalan baik kamu dalam plastik bocor. Kamu berusaha mengisinya tapi dengan senang ia jatuh tumpah ke bawah!
Muhasabah diri bersama
Hi My Blog.

Waaahhh bersawang sini sana.
Hampir dua tahun tak singgah di sini.

Nanti kita update ya.

daaaah...