Thursday, January 12, 2012

Terkenang..

Assalaammualaikum...

Lama sudah tidak menulis di sini.
Malam tadi tergerak hati mahu mencatatkan kenangan manis itu.

Waktu maghrib masuk sebaik saja kami selesai mengerjakan umrah.
Maghrib didirikan di Marwah.
Sambil menanti solat isya, kami bergerak perlahan mencari kawasan berhampiran dataran.
Jangan mimpilah jemaah wanita nak dapat dekat Kaabah.
Suami saja yang pergi dulu, dan janji jumpa semua di tiang sekian-sekian.
Aku duduk menekur lantai sambil meneruskan zikir dan selawat.
Azan Isya pun dilaungkan dan sejurus kemudian iqamat meyusul.
Lazimnya, jarak antara azan dan iqamat agak panjang, kecuali bagi solat maghrib.
Hati tertanya-tanya tapi tidak mengangkat muka.

Solat Isya itu serasa aneh. Bacaan Imam laju. Surah juga pendek-pendek.
Macam Allah sengaja beri recess pada aku yang dah pancit ni.
Dan pantas sahaja sudah selesai.

Kemudian barulah aku mengangat muka.
Oh! barulah aku tau
dan segera beralih supaya tidak dirempuh orang yang berlari masuk kedalam masjid
Hujan rahmat sedang turun mencerah-curah di bumi Makkah
Selebat-lebatnya!
Ada yang mengambil kesempatan bertawaf dalam hujan,
ada yang lari kerana pakaian putih yang nipis.
Wanita arab di sebelahku mengangkat tinggi tangannya , bertakbir dahn bertasbih sambil senyum gembira.
Mereka sangat bersyukur melihat hujan yang turun.

Aku menunggu sehingga suami datang kembali,kami tersenyum besar.
Juga gembira dan sangat bersyukur dengan kurniaanNya
Kemudian kami keluar mengambil sepatu dan masuk semula untuk turun ke dataran bermain hujan.
Semasa itu sudah renyai-renyai sahaja.
Hijir Ismail sudah ditutup.
Asalnya tadi orang berebut-rebut menunggu air yang turun dari pancur mas,
hingga ada yang tergelincir dan jatuh hingga luka di kepala.
Aku cuma menyimpan hasrat sujud syukur di dataran,
Indahnya pengalaman.

Mudah-mudahan dikurniakan lagi keindahan Tuhan
Amiin...
terjumpa video ni. the same time!

http://www.youtube.com/watch?v=W-nciQ04BHA&feature=related