Tuesday, August 31, 2010

Berpalinglah... hanya pada DIA

Bila Allah turunkan ujian, Dia nak tengok kepada siapa kita berpaling.

Ya, ujian itu datang bagai tamparan yang sememangnya tidak dijangka.  Sebenarnya hati amat kecewa dengan kenyataan itu. Tapi sedar, peranan kita di situ dah selesai. Tak perlu lagi mempertahankan hujah. Tiada siapa mahu dengar. Kefahaman kita tidak sama, tidak sehaluan rupanya. Sedih dan kecewa, Allah saja yang tahu. Tapi tak apa. Semua ini ada hikmahnya. Tinggalkan, mohon ampun, baiki diri.

Merayu...? tidak lagi. Mungkin nampak kejam, tapi itulah realiti. Teruskan saja hidup. Hadapi pula peranan baru ini, dapatkah dilalui dengan sabar dan redha.

I know I do. I can. I must.  Bila Allah pilih untuk melaluinya, dia sudah siapkan segala keperluannya. Pandai-pandailah mengadun bekalan yang diberi. Mengeluh? Merungut? Menangis? Boleh... silakan. Tapi hanya pada Dia. Dan serta merta juga Dia pujuk dan ubati. Hati jadi lapang dan tenang kembali.

Yakinlah, hanya pada DIA.

Friday, August 27, 2010

Surah Al Fath 28-29


Q48:28 Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi.

Q48:29 Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keridaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.


Tuesday, August 24, 2010

Hadis berkaitan WUDHU Rasulullah S.A.W.

http://hadith.al-islam.com/bayan/display.asp?Lang=mal&ID=125

- klik bahasa melayu supaya mudah difahami

Hadis Abdullah bin Zaid bin Aasim Al-Ansariy r.a:

Beliau telah ditanya: Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah s.a.w berwuduk. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 346

Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya:
Suatu hari, kami pulang bersama Rasulullah s.a.w dari Mekah menuju ke Madinah. Di pertengahan jalan, apabila kami tiba di suatu tempat yang mempunyai air kami dapati sekelompok manusia dalam keadaan tergesa-gesa mengambil wuduk kerana waktu Asar hampir luput. Apabila kami menghampiri mereka, kami dapati tumit-tumit mereka kering tidak dibasahi air. Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Celakalah tumit-tumit yang tidak basah itu dengan ancaman api Neraka. Sempurnakanlah wuduk kamu dengan baik

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 354

Peristiwa malam ini

Masuk je isya tertidur. Sedar balik dah pukul doblas. hoh! cepat2 solat isya n tarawih. Pas tu tak leh tido dah.
Makanya...
masak mee goreng hailam n lasagna ...siap pukul 3 pagi! Nak tido balik kejap. Kul 5 bangun balik. he he.
Alhamdulillah dikurniakan kekuatan.

Friday, August 20, 2010

Secret Of The Hidden Time - lesson learnt: Fill your time wisely

Got this from a friend who sent it thru email:-

Since last night my young son has been unwell. When I got back from work this evening I decided to take him to hospital despite my exhaustion.

There were many waiting; perhaps we will be delayed by more than an hour. I took my number and sat down in the waiting room. There were many faces, young and old, but all silent. Some brothers made use of the many booklets available in the waiting room. Some of those waiting had their eyes closed, while others were looking around. Most were bored. Once in a while the long silence was broken by a nurse calling out a number. Happiness appears on the one whose turn it is, and he gets up quickly; then silence returns..

A young man grabbed my attention. He was reading a pocket-sized Qur’an continuously; not raising his head even once. At first I did not think much about him. However, after one hour of waiting my casual glances turned into a deep reflection about his lifestyle and how he utilizes his time. One hour of my life wasted! Instead of making benefit of that hour, it was just a boring wait. Then the call for prayer was made. We went to prayer in the hospital's Masjid. I tried to pray close to the man who was reading the Qur'an earlier in the waiting room.

After the prayer I walked with him. I informed him of how impressed I was of him and how he tries to benefit from his time. He told me that most of our time is wasted without any benefit. These are days that go from our lives without being conscious of them or regretting their waste. He said that he started carrying the pocket-sized Qur’an around when a friend encouraged him to make full use of his time. He told me that in the time other people waste he gets to read much more of the Qur’an than he gets to read either at home or in the masjid. Moreover, besides the reward of reading the Qur’an, this habit saves him from boredom and stress.

He added that he has now been waiting for one and a half hours. Then he asked, “When will you find one and a half hours to read the Qur’an?” I reflected, “How much time do we waste? How many moments of our lives pass by, and yet we do not account for how they passed by? Indeed, how many months pass by and we do not read the Qur’an?” I came to respect my companion, and I discovered that I am to stand for account and that time is not in my hand; so what am I waiting for?

My thoughts were interrupted by the nurse calling out my number; I went to the doctor. But I want to achieve something now. After I left the hospital I quickly went to the bookshop and bought a pocket-sized Qur’an. I decided to be mindful of how I spend the time.

If this information is beneficial to you, then please do forward it to your friends and relatives. Our Prophet (Sallallaahu 'Alayhi Wasalaam) said; "Whoever guides or directs to good, then he gets the same amount of blessing (reward) as the one who does it"

The Prophet (Sallallaahu 'Alayhi Wasalaam) also said "Pass on knowledge from me even if it is only one verse"

Source: Unknown

Thursday, August 19, 2010

Sahabat

cerapan dari blog sahabat baruku, ahmadfaridwajdi, Pejuang Sempadan Hati ~at-toriq ilallah


Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

” Perbandingan kaum Mukmin pada berkasih sayang, beremosi dan berbelas ihsan sesama mereka, adalah seperti satu batang tubuh. Apabila mengadu (sakit) mana-mana bahagian tubuh itu, nescaya akan terkesanlah ia kepada seluruh tubuh dengan berjaga malam tiada upaya tidur lagi demam” Riwayat Al Bukhari dan Muslim

“Pada hari itu sahabat-sahabat karib akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatnnya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)” Az Zukhruf:67
 
Alhamdulillah, aku kini di kalangan sahabat sejati....

Tentang hati

Pesanan Bestari

Ubat hati ada lima perkara

1. Bacalah Quran dan maknanya
2. Dirikanlah solat malam
3. Berkumpullah dengan orang-orang soleh
4. Banyakkanlah berpuasa
5. Panjangkanlah zikir malam
 Jika dapat mendirikan mana-mana satu, atau semuanya, mudah-mudahan Allah SWT akan memberkati.

Istiqamahkan...

Pesan Imam Ghazali:


“Carilah hatimu di tiga tempat… Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pintalah hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati”

Semalam, hari ini, esok

sabda Rasulullah S.A.W..


“Jika hari ini kita sama seperti hari semalam, maka rugilah kita.. Maka gunakanlah masamu sebaiknya.. Sepertimana kamu bekerja di dunia seperti kamu hidup di dunia selama-lamanya dan kamu beribadah seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.. Yang pastinya, tidak mungkin kamu akan hidup selama-lamanya, tetapi jika kamu akan mati pada hari esok adalah kemungkinan yang sangat pasti..Maka utamakanlah akhiratmu..”

Tuesday, August 17, 2010

Nuzul Al Quran. Petikan dari tulisan Dr. Samsu Adabi Mamat UKM

Nuzul Al-Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Tuesday, August 10, 2010

Erti Hidup pada Memberi

"Jadikanlah suatu perhubungan sesama insan sebagai medan untuk memberi, nescaya kita akan menjadi orang yang bertanggungjawab terhadap peranan kita. Namun, jika kita menjadikannya sebagai medan untuk menerima, maka kita hanya akan sibuk menuntut hak-hak diri kita yang tiada kesudahan."
 
 
dari blog faridwajdi.  I'm already attached to it!

Berlemah lembut

Al Habib Abdullah al Haddad telah menyarankan:


“Apabila kamu ingin menasihati akan seseorang tentang sesuatu perkara yang telah sampai kepada pengetahuanmu, maka berlembutlah dalam berkata-kata. Jangan terus menyatakan secara berterus terang dan jelas, sekiranya masih memungkinkan seseorang itu faham secara berkias.”

 
“ Maka ucapkanlah (wahai Musa dan Harun) kepadanya (iaitu Firaun) dengan ucapan yang lembut, mudah-mudahan dia beringat dan berasa takut (terhadap azab Allah).” Surah Toha: Ayat 44

Kebaikan vs keburukan itu ...

Saidina ali r.a. pernah berkata:


Jika kamu letih melakukan kebaikan, ingatlah bahawa keletihan itu akan hilang dan pahala itu akan kekal, dan ingatlah jika kamu seronok melakukan keburukan, keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan kekal..
found a nice blog, banyak pesanan, banyak nas. banyak kebetulan dalam mencari redha allah

http://ahmadfaridwajdi.wordpress.com/