Thursday, April 22, 2010

La Tahzan

I am only human. But I always have Allah to fall back to. (Actually Allah is always there for us - kita saja yg selalu lalai)
Bila diduga hari itu, cepat-cepat balik kepadaNya.
Mohon ampun atas ketelanjuran bicara
dan mengadu sedih rasa

Kerana kasihNya, surat cinta ini sampai...
"Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung" - At Taubah 129

Namun hati masih menanggung rasa
Sedar urusan belum selesai
Marahnya masih bersisa
Dan dugaan datang lagi, tohmahannya bisa membakar amarah
Lalu dingatkan pesanan guru yang dihormati
"ampunkan saja, hadiahkan diri sendiri dan dirinya dengan Fatihah"

Alhamdulillah, ketenangan segera datang
baru mampu melelapkan mata untuk lena

Subuh ini,
tangan terhulur membuka buku catatan lama
dan terlintas di mata
Ali Imran ayat 120
"Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan."

Wahai Allah... mengalir airmataku menerima pujukan Mu
Hanya Engkau yang maha mengetahui segala gerak rasa
Terlalu besar kasih sayang yang Kau hamparkan untuk ku
dan aku hanya mampu sujud bersyukur pada Mu
Tiada penawar selain penawar Mu

Alhamdulillahirabbil 'alamin...

Monday, April 12, 2010

Tiba di Makkah Al Mukarramah

Bas bergerak lesu dari Jeddah ke Makkah. Perjalanan sekejap terasa lama sekali. Tertidur dan terjaga beberapa kali macam berjalan jauh. Tapi tiba2 terdengar jemaah dihadapan memanggil, Ya Sheikh, kita sudah sampai!  Dalam terpinga2 terkejut dari lena, yang terlihat ialah kesibukan pekan dengan manusia berjalan sana sini berselang seli kenderaan. Masjidil Haram tak nampak lagi dek bangunan yang rapat-rapat sebelah menyebelah. Ada lori besar menyekat jalan masuk ke hotel. Bas berhenti dan kami turun berjalan jauh sedikit untuk check-in ke hotel.

Cuma 20 minit diberi. Kami cepat2 membaharui wudhu dan salin telekung baru untuk mengerjakan umrah pertama. Ya yang pertama dalam hidup ku! Hati melonjak dan berdebar2 seperti akan bertemu kekasih yang amat dirindui. Tapi masih tertanya2 di mana Masjilil Haram, jauh ke dekat, kenapa tak kelihatan di sekitar? Tapi langkah diteruskan juga turun segera ke luar hotel. Kawan2 ada yang sudah menanti. Kak Zaimah, sahabat yang duduk disebelah ku sepanjang penerbangan menggamitku supaya hampir kepadanya. Dia berdiri agak ke tengah jalan depan hotel. Ditempat lori yang menyekat jalan tadi. Segera ku mendapatkan kakak kesayangan ini.

"Tengok tu, dekat sungguh kita dengan Masjidil Haram..." Demi aku menoleh ke kanan, hati terus diruntun sayu dan syukur yang tak dapat dihurai dengan kata-kata.  Hanya air mata yang turun berdrai-derai. Kak Zaimah memelukku, memahami gejolak hati insan yang pertama kali menatap Rumah Suci ini.  Ya Allah, aku bersyukur pada Mu Ya Allah. Kau izinkan juga aku sampai ke sini. Ya Allah, Aku sudah sampai, aku sudah sampai ke sini! Labbaikallah humma labbaik!

Ustaz Deng mengajak kami berjalan bersama-sama menuju Masjidil Haram.  Seperti yang telah diingatkan kami akan masuk melalui pintu 56, dan menyusur jalan dalam sebelum turun ke dataran. Ini laluan yag diikuti Rasulullah SAW. Kita mengikut sunnahnya. Menghampiri Baitullah melalui Babul Salam yang asal, walau kini sudah tiada. Airmata tidak berhenti mengalir, hati terus mengalunkan tasbih dan istigfar silih berganti. Doa masuk masjidil haram dan doa melihat kaabah berselang seli dihati dengan hafazan yang tak keruan dek bebaran yang tak berhenti2.  Mata sempat mengerling ke dalam masjid dan terlihatlah ribuan manusia bergerak dan diam didalamnya. Kaabah masih belum kelihatan.

Tiba2 Ustaz memberi isyarat berhenti. Dan Pintu 56 Babul Madinah terpampang didepan mata. Nafas bagai tertahan. Kulepaskan perlahan dan mengucapkan Bismillah. Sekali lagi nafas naik dan diam diubun2. Syahadah diisi. Selipar dan sepatu disimpan dengan niat diwakafkan. Pesan Ustaz, "Kalau ada orang nak pinjam, dia sudah tidak terhutang izin dengan kita. Kalau hilang, redha saja. Mudah2an orang yang memakainya pun dilimpahi hidayah Allah untuk berbuat kebaikan." ya, kami akur dan ingat pesanan Ustaz yang dikasihi. Ini masanya membersihkan hati dan diri. Segala hal duniawi dinipiskan senipis-nipisnya. Nafsu-nafsu mazmumah dibenamkan jangan benar bangun sama sekali.

Kemudian Ustaz mengarahkan kami sama2 memulakan istigfar, 7 jahar dan 7 sir. Istigfar dengan sesungguh hati, mohon keampunan Allah supaya kita diterima. Rasakan kesayuan itu. itulah tanda kita diterima menjadi tetamunya. jika masih ada rasa angkuh dan sombong, teruskan istigfar sehingga nafsu mazmumah itu kalah.  Lalu Tasbih dan Babul Salam dibaca sepenuh hati juga.
Allahumma anntassalam, wa inkassalam, wailaika yaudussalam, fahaina rabbana bissalam, tabaraktarabbana  wata'alait, Yazaljalali wal ikram. Allahummaftahli abwaba rahmatika wamagfiratika, waadkhilni fiha bismillahi walhamdulillah. Wassolatu wassalaamu ala rasulillah, wa'ala alihi wasahbihi wassalam.
Dan dengan langkah kanan, penuh hati-hati dan rendah diri kami memasuki Masjidil Haram.

Wahai Allah, sungguh indah dan aman rumah yang suci ini, terdengar suara2 bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir. Dan demi menoleh ke kanan semasa berjalan membelok untu ke dataran, Kaabah terlihat berdiri teguh di tengah dataran.  Hati lidah terus bertakbir memuji kebesaran Ilahi.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar! Lailahailallahu wahdahu laasyarikalah, lahul mulku walahulhamdu yuhyi wa yumitu wahuwa ala kulli syai'in qadir.  Allahumma zidhu tasyrifan, wa ta'ziman, wamahabatan, wa birran.

Wednesday, April 7, 2010

Alhamdulillah

Perjalanan ke Tanah Suci bermula pada jam 10 pagi 25 Mac seusai solat musafir. Muhammad Fadhil anakku melaungkan azan dan aku melangkah keluar rumah. Bermulalah musafir ku menjadi tetamu ALLAH.

Tiba di KLIA jam 11.00 seperti yang dijanjikan. Satu demi satu keluarga sampai, menghantar atau dihantar.
Perasaan amat teruja, saat dinanti tiba jua. Sambil menunggu sempat bertegur sapa dengan jemaah lain dan keluarga mereka. bergambar disana sini, merakam memori. Kemudian makan bersama anak2 dan suami, kecuali wawa, dia tetap dihati.

Tiba masa berangkat kami sama2 mengaminkan doa yang dibaca Tuan Presiden. Wajahnya jelas sedih kerana tidak dapat menyertai. Begitu juga yang lain, terutama suamiku tersayang. Tangisan dihatinya dapat kurasakan. Abang, amanahmu kugenggam dan akan cuba ku laksanakan. Terima kasih yang tidak terhingga kerana izin dan redhamu melepaskan aku ke sana

Selesai urusan immigresen kami terus ke surau. Waktu solat sudah masuk. Lalu solat jamak takdim zohor dan asar dan mula mengikat ihram dengan berniat ihram, solat sunat ihram, sunat taubat dan beristighfar, ritual pertama dilaksana selepas kuliah lebih 6 kali ahad. Alhamdulillah, kepadatan Makkah digambarkan disini, sempit dan berhimpit2, menguji kesabaran dan redha. Teringat pesan Ustaz yang di kasihi, "Sentiasa letak diri dalam redha, apa juga yang Allah hidangkan terima saja, jangan banyak songel. Dia tuan rumah, kita tetamu, jadilah tetamu yang disukai.  Suka hati Dialah nak layan kita macamana."  Ya, saya akur.  Wahai Allah, terimalah aku menjadi tetamuMu yang diundang

Penerbangan yang sangat selesa dan tenang. Talbiah dilafaz berulang2. Berzikir, baca quran bersolawat dan rehat. Takda dugaan dalam penerbangan. Tiba di Jeddah jam 9 malam waktu tempatan, selepas hampir 9 jam perjalanan. Kerenah imigresen pak arab sudah dijangka. Masa kosong dipenuhi dengan solat maghrib dan isya yang dijamak juga. Dan masih memegang sabar dengan talbiah zikir quran dan solawat. Selepas menaiki bas kami diduga. Dua passport jemaah tidak ditemui pihak muasasah walau jelas dimata ramai saksi ia sudah diberikan.  Dan terkandas kami lebih 1 jam lagi.

Seorang sahabat mencadangkan kami solat taubat. Oh ya! mengapa terlupa pesanan ini!  Jadi kami bergegas masuk kembali ke airport untuk mendirikannya. Tapi Allah lebih mengatur,  baru sampai di gerbang, kami dipanggil balik ke bas.  'Urusan mencari boleh ditangguh, jemaah boleh bergerak ke Makkah sekarang'
Alhamdulillah,bergitu cepat Allah memberi ampun dan jalan untuk kami.

(bersambung..."Tiba di Makkah")