Wednesday, July 27, 2011

Ayat seribu dinar...

Fahami maksud petikan dari Surat At-Talaq ini.

"...... sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (3) "

Ayat ini juga digelar Ayat Seribu Dinar. Dihafal sungguh-sungguh oleh ramai orang yang berhajat kepada kesenangan dan kemewahan harta duniawi. Tapi janganlah untuk memohon ditambahkan rezeki duniawi semata. Rezeki keampunan, ilmu, iman dan akidah itu lebih besar maknanya.

Luasnya kuasa dan ilmu Allah dilimpahkan kepada kita kerana kebesaran Ar Rahman dan Ar Rahimnya. Bukanlah kita yang mengaturnya bila dan bagaimana. Kalau sudah tertulis hidayah sampai begini, siapalah si dia yang mahu menafikannya.

Istiqamahlah wahai sahabat.

No comments:

Post a Comment

Respon di sini