Tuesday, September 27, 2011

Pesanan yang tidak putus-putus

Kadang-kadang kita dapat emel yang sama berulang kali. Kita rasa macam bosan, "dah tau dah, apa la hantar lagi". Tapi kita sedar tak kenapa Allah pilih kita untuk terima seruan yang sama berulang kali....
Mungkin kita cuma dengar, tapi tak hayati dan laksana. Mungkin kita ada tugas memanjangkan seruan itu kepada yang lain. Jadi ini respon kepada orang yang memperlekehkan seruan kepada kebaikan. (peringatan kepada diri juga)


Saudara, 
Sebahagian orang perlu dipujuk dengan ganjaran, 
Sebahagian lagi cukup dengan perintah saja.
Sebahagian lagi pula ... "Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akan beriman. (Q2 Al Baqarah :6 )" . Nauzubillahiminzalik!

Yang penting ialah niat ikhlas orang yang memulakan catatan emel yang dah berulang kali masuk inbox ni. Dia berpesan-pesan dengan kesabaran dan kebenaran.

Q16 - An Nahl:25  Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

Tugas kita menyeru saja. 

Yang menyampaikan seruan dan hidayah hanyalah Allah SWT sahaja.
Mudah-mudahan Allah kurniakan kepada kita kita kebesaran Surah Al Ikhlas ini. 

Besandar bulat kepada Allah, sesungguhnya "Allahus Samad (Q.112:2)"
Wassalam.

Tuesday, September 13, 2011

Selamat Hari Raya! Maaf Zahir Batin

Wow, lama juga tak update blog ni.
Baru hari ni ada mood nak sign in.
Baru hari ni nak wish Happy Raya?  astaghfirullah
Puasa 6 pun belum berjaya diselesaikan.

Macam2 peristiwa sepanjang Syawal ni.
Menjadikan aku dan family busy tak menentu
First Syawal tak jadi solat raya di Surau Darul Ali (nangis dalam hati)
Maka hiburkan hati dengan sesi fotografi pelbagai aksi dengan family dan saudara mara
Solat di Surau kampung aja, imam over confident tak bagi tazkirah sebelum solat,
sudahnya dia yang terbabas masa masuk rakaat ke2. Aku cuma mengeluh sedih.
Pakcik, solat ni bukan buat hari-hari, ramai yang lupa kaedah.
Tak salah berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran.

Second Syawal @ Merdeka Day sungguh bermakna.
Lepas satu rumah ke satu rumah saudara, kami beraya
Bergambar beramai2 ikut suka.
paling best bila sesi bergambar di rumah abang long.
Tak pernah lagi layan bergembira dan bergambar dalam suasana ceria begitu.
Alhamdulillah, sedih rasa terubat juga.

Sebenarnya sangat bersyukur kerana anak sulung tak jadi ke Somalia
jadi dia yang enjoy sakan masa raya ni... isy isy isy

Then raya ke 3 masih dalam mode beraya dengan sanak saudara sebelum pack n go balik rumah. Sampai rumah layan laundry dan kemas beg semula sebelum bergegas ke rumah mak pula. Datanglah ramai sepupu yang memang setahun sekali saja jumpa bersama anak2 yang semakin besar dan semakin ramai. Penat tak terkata tapi sangat bahagia.

Petang Jumaat balik ke rumah. Tapi masa singgah di Mc D untuk supper, tiba2 terima mesej dari FB kak long kata ada wartawan BERNAMA cedera kena tembakan di Somalia. Sebu dan sayu rasa hati tak dapat di kata. Bukankah kaklong sepatutnya ada disana? Besyukur, tapi kasihan kepada yang tercedera. Lepas beberapa ketika, dikhabarkan dia dah meninggal dunia. Innalillah...


Hari Sabtu dah kami ke Cyberjaya. Busu ajak datang open house dia. Sesi bbq dan jamuan pizza di tepi kolam bersama keluarga sini dan sebelah uncle. Budak2 berebut main kolam, orang besar berebut karaoke.

Lepas tu dah kena balik, sebab anakanda2 berdua nak balik hostel. Isnin pula nak kerja.
Wawa balik dihantar ayahnya hari ahad. Fadhil balik hari Isnin pagi sebab tiket bas habis.
Kuliah pagi Isnin dia burn... tak patut...

Dan Ahadnya Kak long yang dah masuk kerja sejak Sabtu, juga diarah buat liputan semasa rombongan dan jenazah itu dibawa balik. Kematian Jurugambar Bernama TV Allahyarham Noramfaizul menjadi tumpuan seluruh negara. Dan yang pasti, sekali lagi sangat bersyukur kerana anakanda yang dikasihi tidak jadi pergi. Besarnya percaturan Allah berbanding rancangan manusia.


Aku dah masuk kerja hari isnin. Layan kerja tertangguh untuk competition November nanti.
Tapi rasa pinggang sengal sangat. petang keluar awal ke Wangsa Maju lagi.
Tapi besoknya jadi worse.So Jumpa Dr di kampus dan dia beri ubat n rehat 1 hari.
Sakit tak kurang, tapi masih tunggu esok in case berubah.
Rupanya nak direhatkan. Bila ke hospital esoknya kena masuk wad untuk rawatan lanjut dan observation.
Fisio after fisio. Adalah kurang sikit. Dua malam duduk ward.
Dapat jumpa sahabat2 Shah Alam yang lama tak jumpa.
Macam2 jajan dibawa mereka. Happy sangat dapat jumpa.
Keluar wad tengahari sabtu. Terus ke cyber lagi memenuhi janji dengan busu.
Sengal dah kurang tapi kebas masih ada sampai hari ni.
Tak apalah, dugaan datang tak pasti bila dia nak pergi.

Yang pasti, seronok mengahabiskam masa bersama keluarga dan saudara.
Adayang biasa dan ceria, ada yang rasa besar dan tinggi.
Biarlah, asalkan kamu bahagia.
Selasa baru masuk kerja semula.
Dan pastinya, melangit kerja yang menanti.
Tapi Alhamdulillah dapat diurus dengan senang hati.

Penat, memang penat. tapi bahagia.
Dah penat bebel pun, so, sampai sini dulu.
Babai blog. Entah bila mood akan datang lagi.