Wednesday, September 29, 2010

Jumpa semula...

Wow! lama tak singgah sini.  Kerja banyak sungguh lepas raya ni. Kena pergi seminar lagi. Sampai jadi percutian yang ditaja sebab dapat bawak family join sama.
Kampus sibuk dengan events akademik dan sambutan raya. By 9th nanti naik pangkat sekejap. Tanggung kerja kak shima yang cuti haji kali kedua selama 40 hari. Memang first 27 days tak boleh cuti... pengsan.
Semoga Allah membekalkan kesihatan dan kekuatan minda dan fizikal.  Ni banyak juadah raya menyebabkan kecergasan sedikit terganggu.  Puasa 6? Baru mula hari ini.  Semoga Allah perkenan dan permudahkan. Amin.

Tuesday, September 14, 2010

1 Syawal 1431

Praktikal Riadah itu yang bermula pada 21 Julai lalu tamat dengan rasminya dengan kedatangan Syawal. Airmata menitis bilamana ramadhan beransur pergi. Kemanisan qiayamulalil dan zikir mesti diteruskan. Kata-kata perangsang ini tiba ketika aku diam mendengar khutbah jumaat di Masjid Sungai Serai. Pertama kali Allah izinkan aku mendirikan solat Jumaat di Malaysia, di 1 Syawal 1431 yang mulia. Hari yang sama ibu saudaraku Ainon Mustafa kembali ke Rahmatullah.

"Ya Allah, redhailah aku menjadi pengabdiMu, dari riadah RamadhanMu.
aku bangun Ya Allah...aku bangun Ya Allah...aku bangun Ya Allah... menegakkan syahadah kepadaMu
Janganlah Kau berhenti menyeruku kepada iman
Andai aku jatuh, biarlah jatuhku menambah lagi kekuatan baru
untuk kembali bangun menjadi hambaMu
Amiin Ya Rabbul 'Alamiin"

Terima kasih Ustaz Deng. Semoga Allah berterusan melimpahkan RahmatNya kepadamu.



Amiin Allahumma Ya Amiin

Terlihat doa ini dari fb seseorang yang dikasihi. Mari sama-sama kita aminkan doa ini semoga Allah perkenankan.

Ya Allah, limpahkan nur QudusMu agar terang aku dalam gelap.

Jangan Kau lepas pandangan Kau kepadaku dan jangan Kau biarkan aku lepas daripada MU walau sesaat.

Jadikan hati ini sujud padaMU & kasih kepada pesuruhMu.

Kuatkan syahadahku hingga tegak di padang masyarMu.

Izinkan ku jamak' doa ini pada umat islam agar menjadi pengabdiMu.

Amiin.

Wednesday, September 1, 2010

"sampai september je"

Perlahan dia berbisik
'ada masa sampai september je'

ketika pesanan itu disampaikan,
jantung rasa berhenti berdenyut
minda tidak dapat mencerna
diri terkedu, seakan menafikan pendengaran

perlahan-lahan
tubuh rasa sejuk, empangan airmata pecah
dan hari-hari berikutnya
tangisan dihati tidak berhenti

Diri masih mempersoalkan
kenapa sekejap saja diizin bersama
kenapa dia, bukan orang lain
aku belum puas bermanja
pada siapa hendak mengadu nanti
sedangkan dialah yang telah membawa kami
kembali kejalan yang lurus dan terang ini

tunggulah... tangguhkanlah...
Dalam zikir aku terus merayu lagi

paling berat
rahsia ini tidak dapat dikongsi
hanya kami
amanah menjaga rahsia yang tiada manusia pasti

hari yang mendatang dilalui dengan berat
lalu jawapan itu didatangkan

biarkanlah
hijrahnya kepada yang lebih baik
tempatnya lebih mulia disana
tugasnya sudah selesai di sini
ingatlah halatujumu yang hakiki

dan doa yang lazim diulang baca itu
terdengar sejelas-jelasnya
mengingatkan supaya hanya bersandar pada Ilahi

Allahumma aslihli sya'ni kullahu Wala takilni ila nafsi tarfata 'aini
Ilahi anta maksudi  Wa ridha kamath luubi
Walaa haulawala quwwata illa billahi 'ali yil'adziim

Dia juga manusia seperti kita
sampai masa dikembalikan kepada khaliqnya
jangan taksub! jangan taksub!
nanti salah halatujumu
jangan campuri urusan Ku

Barulah hati belajar redha
diri cuba mencari peluang bersama
dalam sisa-sisa masa yang tinggal

dan terimbau juga
bila pula masa ku
entahkan diri yang akan mendahului

setiap kesempatan aku mencuri pandang
sambil hati menahan tangis yang menerpa
dia cuma membalas pandang dan sesekali tersenyum
mungkin bersyukur aku masih amanah memegang rahsia

satu demi satu pesanan ditinggalkan
ku kutip, simpan dan amalkan
demi rasa kasih yang tulus ini
aku patuh menjaga diri
supaya ilmu dan amal yang dikurniakan
tidak berlalu sia-sia

Wahai Allah, hanya Engkau maksudku dan hanya redhaMu yang aku tuntut
Tiada daya dan upaya, hanya dengan izinMu yang Maha Tinggi dan Maha Agung