Sunday, February 28, 2010

Pesanan untuk puteriku sayang

Sayangku. Lelaki yang warak tidak mahu bermain cinta. Kerana dia tahu apa tujuan perhubungan lelaki dan perempuan.-- yakni pernikahan.  Oleh itu, jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu dan kuatkanlah pendirianmu, Andai kata tiada cinta Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinar dan memenuhi jiwamu. Biarlah hanya cinta ibu bapamu yang memberi kehangatan dan kebahagiaan buat dirimu. Cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakanmu. 

Sayangku, cintailah Allah di kala susah dan senang, kerana engkau akan memperolehi cinta insan yang juga mencintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Ilahi. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Biarlah tangan yang menggoncangkan  buaian ini dapat menggoncangkan dunia dalam mencari keredhaan Ilahi.
- halaman 423 RADHA.

Along, kesedihanmu, kesedihan kami juga.  Kuat dan tabahkanlah hatimu melalui ujian ini.

sabtu yang penuh motivasi

just before midnight! akhirnya berjaya habiskan RADHA. Ulang baca sejak bacaan pertama beberapa tahun lepas. Memang tak patut. Sebab doa-doa umrah pun tak habis hafal lagi.Pagi esok ada practikal lagi.

Terjumpa nukilan Rnysa yang menarik. Pagi esok akan dimasukkan.
Harap jadi iktibar kepada anak2 yang keliru dengan persoalan hati dan cinta.
Hari ni berjaya juga spring clean bilik, ruang tamu, ruang makan dan dapur.
Memang memerlukan motivasi yang tinggi bak kata along.
Kemudian bawak adik2nya makan kat Asiari, Shah Alam.
Lama tak turun sana, best jugak.
Sempat solat maghrib berjemaah di Surau Sec 11.  Rasa syahdu sangat.
Imbauan Masjidilharam terlalu terasa di sana.
Sampai rumah sempat juga tengok Lampard menjaringkan gol untuk chelsea tapi Man City balas balik tak sampai  5 minit kemudian. Text kawan ingat nak ejek dia, tapi tak layan. pasti sama tension macam Fadhil.

Dah penat buat macam2 di hari sabtu yang biasanya "hari qada tidur" ni.
Jadi RADHA tu lah hadiah kepada diri sendiri.

Saturday, February 27, 2010

Be Strong

Dah berulang kali jadi.
Macam tarik tali.
Tapi tak selesai juga.

Kalau Sharif Dol dengan P Ramlee dalam  Bujang Lapuk pun nak mengaku kalah jugak.

Siapa nak mengaku kalah ni.
Please put it to a stop. 
Period!

Thursday, February 25, 2010

Hanya dengan izin dan redha mu Ya Allah

Wahai Allah.

Dengan izin dan redha Mu, kurniakanlah ketabahan dan kesabaran kepada ku.
Kuatkanlah hati ku untuk menerima ketentuanMu dengan redha.
Tiada daya dan upayaku Ya Allah, hanya Engkaulah  yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Wahai Allah.  Kurniakanlah bagi ku kelapangan serta ketenangan hati dan fikiran. 
Terimalah aku menjadi tetamu Mu Ya Allah.
Kerana sesungguhnya aku teramat rindu pada Mu dan Kekasih Mu

Redakan Ya Allah, dan Izinkanlah....

Amiin...

Sunday, February 21, 2010

Bismillahirrahmanirrahim

Assalaamualaikum.

Ini papan tulis ku yang baru.

Alhamdulillah