Sunday, November 28, 2010

We are 24

Dengan izin dan redhaNya, 24 tahun dulu, kami diijabkabulkan selepas asar. Bersaksikan ayah ibu, sanak saudara dan sahabat handai. Alhamdulillah, kami masih bersama hingga hari ini. Dikurniakan 6 zuriat yang hebat dalam cara tersendiri.
Syukur Alhamdulillah,
Semoga Allah memanjangkan kebahagiaan dan rahmatnya dalam ikatan suci ini. Amiin.

Thursday, November 25, 2010

25/11/10 Last day today! Yey!

 Susah senang susah senang ...dah selesai kerja memangku ni. Bos dah balik semalam, tapi lom tipun dia lagi. Dia pun takda tipun2 sejak pergi.  35 hari sudah berlalu. Cukup tak cukup, takda la kerja yang tertangguh.
Cuma kerja sendiri dah mula ribut2 serentak dengan ribut2nya budak2 metrik ni masuk kuliah semula. Anak2 ada yang demam berpanjangan, ada yang amik spm.Mak dia kat ofis ni, dah penat keja, layan blog pulak. 

Nak tido jap, mlm td balik lambat.  ngantuk lom ilang..,z z z z zzzzzzzzzzzz

Monday, November 15, 2010

Mencari Redha Allah

Carilah redho Allah walaupun manusia murka, nescaya Allah bersama kamu. Janganlah cari redho manusia sehingga Allah murka, nescaya Allah tidak akan bersama kamu.

 

Kerana itu para Sufi sentiasa bertekad... 

"Ilahi.. antamaksudi, waridha kamatluubi "

(Ya Allah, Engkaulah maksudku, dan hanya redhamu yang aku tuntut)

Friday, November 12, 2010

11.11.10 Al Fatihah to my fav singer

hari ini blog memanggil2 supaya di update.
Pagi jumaat yang dingin, hujan turun sejak sebelum subuh di Puncak Alam ni. Semalam terdengar khabar dicorong radio mengatakan penyayi yang pernah menduduki ranking 1 dalam hati, sudah kembali ke pangkuan Illahi. Serangan jantung...
Teringat lagunya yang sungguh mendalam maksudnya, andai ditukarkan halatujunya kepada Tuhan.

Fotograf - Ke Pintu Kasih Mu 
http://liriktube.blogspot.com/2010/03/lirik-ke-pintu-kasih-mu-fotograf.html

Jernih berkilauan, bagai titisan embun menghujan
Hening alam rasa, bila namamu aku lafazkan

Ku saksikan dengannya hati, penuh rindu yang syahdu
Dan berbisik tentangnya hasrat jalinan cinta kasih

Dan dari pintu ke pintu, Jangan di langsiri dengan tabir kelam
Buka luaskan dengan cahaya
Segala dan semuanya Tetapkan ku genggam
Penuh kepasrahan Dan tanpa resah Terhadap cinta

Di saat bercinta datang berbagai bayang bayang menjelma
Dan kerna saktinya cinta ku teguh tidak kan luruh

Al Fatihah buat Allahyarham Mohd Shamrin  Abdul Samad

Thursday, November 4, 2010

rilis tensi

Hari ni rasa tertakan. belum teruk lagi. tapi kena lepaskan wap panas ni.
So saya beralih untuk jawab kuiz yang sama macam kak long.  here goes

1. Bekas kekasih saya adalah :
Seseorang yang mengajar saya bersyukur dengan siapa yang saya ada sekarang

2. Saya sedang mendengar :
bunyi keyboard yang diketuk-ketuk

3. Mungkin saya patut:
balik rumah dan tidur.

4. Saya suka :
bertenang buat kerja dan keputusan

5.Sahabat-sahabat baik saya :
mereka yang selalu ada di hati saya, walaupun lama tidak bertanya khabar
- saya akan doakan mereka bila mereka singgah di minda

6.Saya tak paham :
kenapa orang tak mengaku salah sendiri, tapi salahkan orang lain

7.Saya kehilangan :
masa senggang saya, BAK BALIK!!!

8.Ramai yang berkata :
saya orang kuat di sini. Tapi saya takda pun rasa macam tu. Mungkin Allah menguji saya

9.Makna nama saya :
Lebih baik tuhan.  Ya, saya ni takda apa2. Allah yang punya semua.

10.Cinta itu adalah :
Percaya, kesefahaman, perkongsian, komunikasi. Kalau tidak, baik lupakan saja.

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
mengharapkan saya bergerak bagi 'fairy god mother'

12.Saya akan cuba :
untuk tidak menghampakan diri sendiri dan orang lain kerana malas

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
selagi boleh bertahan, pertahankan!

14.Telefon bimbit saya :
nak yang baru. yang boleh ambil gambar cantik dan jelas, boleh?

15.Bila saya terjaga dari tidur :
bersyukur masih hidup.. dan fikir, hari ni hari apa ek?

16.Saya paling meluat apabila :
orang itu mengada-ngada 8P

17.Pesta/Parti adalah :
perjumpaan tahunan keluarga sebelah suami. Detik yang sangat menggembirakan :D

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Dolfin - dia sentiasa senyum...

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
zaman duapuluhan

20.Hari ini :
Saya sangat bosan tunggu waktu kerja tamat

21.Malam ini saya akan :
masak untuk keluarga sebelum pergi kelas. Saya akan dapat jumpa mak dan anak sulung saya. Horey!

22.Esok pula saya akan :
Bergembira rehatkan diri sempena citi dipavali  zzzzz

23.Saya betul-betul inginkan :
kepandaian memandu kenderaan supaya tidak bergantung lagi dengan orang lain

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
Huh! camana nak hilangkan rupa mengantuk ni?

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Adalah tempat untuk anak2 saya memaksa saya belanja diorang bazir duit. so... elakkan dari mendekatinya

26.Makanan Barat atau Jepun :
sedap belaka kalau halal dan betul cara masakknya. saya kan suka makan, terbukti ni!

27.Bilik yang terang atau gelap:
Terang, kalau gelap nyamuk datang.

28.Makanan segera adalah :
bege, pizza dan ayam goreng. kegemaran yang mesti dihadkan

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
terima kasih

30.Siapa yang anda nak Tag?
suami saya.