Tuesday, April 26, 2011

Iman

Pesanan guruku,

Bila sudah dikurnia iman, jaga sebaik2nya.  
Pada hakikatnya, sudahkah kita Mukmin?  
Iman itu anugerah Allah. Salah satu namaNya. 
Bila jadi Mukmin, bererti memakai nama Allah. 
Kerana itu Nabi SAW berdoa 
"Ya Allah, hidupkan kami dalam iman, 
matikan kami dalam iman dan 
kumpulkan kami dalam golongan orang2 beriman." 
Iman yang Allah agihkan itu mestilah dijaga 
dan naikkan tahapnya hingga jadi mukmin.
Iman tidak kekal, akan pudar dan gugur jika tidak dijaga. 

Ampuni aku Ya Allah
Bimbinglah diriku yang selalu lalai ini
Aku mohon izin dan redhaMu Ya Allah

Monday, April 18, 2011

Nasyid ini menitiskan airmata ku

Allahumma salli 'ala,
Sayyidina,
Muhammadin an-Nabiyyi al-ummiyyi,
Wa 'ala alihi wa sahbihi wa sallim.
(O Allah, send your peace and blessings upon our Master Muhammad, the Unlettered Prophet, and upon his family and companions.)
O My Lord,
My sins are like
The highest mountain;
My good deeds
Are very few
They’re like a small pebble.
I turn to You
My heart full of shame,
My eyes full of tears.
Bestow Your
Forgiveness and Mercy
Upon me.
Ya Allah,
Send your peace and blessings
On the Final Prophet,
And his family,
And companions,
And those who follow him.

- sami yusuf

Pengajaran dan Peringatan dari Al Anfal

As Salam.  Peringatan untuk diri ini. Petikan-petikan dari Surah Al Anfal. 
Bergetarkah hatimu bila menghayati ayat-ayat ini?

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafik) yang berkata: Kami dengar, padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya). (21)  

Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya). (22) 

Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu. Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangat berat azab seksaNya. (48)


Dan (amatlah ngerinya) kalau engkau melihat (wahai orang yang memandang), ketika malaikat mengambil nyawa orang-orang kafir dengan memukul muka dan belakang mereka (sambil berkata): Rasalah kamu azab seksa Neraka yang membakar. (50) (Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya. (51)  

Sesungguhnya sejahat-jahat (makhluk) yang melata di sisi (hukum dan ketetapan) Allah ialah orang-orang yang ingkar (yang degil dengan kekufurannya). Sebab itu mereka tidak (mahu) beriman. (55)  

Kerana itu sudah diingatkan berkali-kali supaya:

Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. (24) Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya. (25)
 


Thursday, April 7, 2011

Kuliah sudah bermula

Kuliah bermula sejak isnin, tapi aku tak dapat hadir sebab demam.
Selasa baru menunjukkan muka.
Tajuk yang sangat relevan.
Dalam diam hati mengakui semua kata guru.
Memang sedar semasa tergelincir pun.
Walau degil tapi hati tau, Allah yang mendatangkan semua ujian.
Tapi masih merungut kenapa Allah uji seberat ini
Adakah Allah tidak sayang lagi pada ku
Nafsu berkira-kira dan berjual beli dengan Allah.
Lalainya...
Hingga terlupa perkara utama itu
Bahawa ujian diturunkan untuk menguji iman
"Apa benar kamu orang beriman?"

Al Ankaabut 2 dan 3 menjelaskan


أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ (٢) وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ (٣)
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (3)


Maka benarlah diri ini masih dikasihi dan dilihat Allah dan Rasulullah

Soalan guru yang sangat meruntun hati
"Dihati Baginda, penuh dengan "Ummati...Ummati...!
Dihati kamu ada siapa...?"

Mengapa masih sombong, lalai dan lupa...
bukankah aku TIDAK PUNYA APA-APA!
Semuanya ini milik DIA.

Astagfirullah... terima lah aku kembali
Janganlah kau lepaskan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata
aku tidak berdaya Ya Allah
Peliharalah iman ku agar ia tidak pergi meninggalkan aku
Ampuni aku... terimalah aku...
Amiin ya Rabbal Alamiin

Exam datang lagi

April sudah menjenguk.
Musim peperiksaan sudah sampai.
Kembali sibuk mengatur jadual agar tidak bertembung.
Mohon Allah permudahkan semua.
Mohon tiada kecelaruan dan kerosakan.
Amiin...