Wednesday, May 4, 2011

Al Qaf - Ayat 38 - 45

  Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
  • Dan demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah. (38)  
  • Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu) dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam. (39)  
  • Serta bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan sesudah mengerjakan sembahyang. (40)  
  • Dan dengarlah (apa yang diterangkan kepadamu sekarang ini mengenai hari kiamat), hari (malaikat yang menjadi) penyeru, menyeru (makhluk-makhluk yang telah mati) dari tempat yang dekat (yang dapat didengar oleh semuanya), (41)  
  • Iaitu hari mereka mendengar pekikan seruan yang menyatakan perkara yang benar; hari seruan itu ialah hari masing-masing keluar dari kubur. (42)  
  • Sesungguhnya Kami menghidupkan dan mematikan dan kepada Kamilah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk). (43) 
  •  Pada hari bumi terbelah-belah untuk mereka segera keluar (daripadanya). Perbuatan (menghidupkan dan) menghimpunkan mereka di Padang Mahsyar itu, mudah bagi Kami melaksanakannya. (44)  
  • Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan (dari berbagai tuduhan terhadapmu wahai Muhammad) dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya masing-masing beriman). Oleh itu, berilah peringatan dengan Al-Quran ini kepada orang yang takutkan janji azabKu. (45)

Tuesday, May 3, 2011

Kenangan manis (tesimpan lama dalam deraf)

Jamu selara dengan Mak n Ayah

Anakanda ku semuanya 6 orang

My Darlings

Amin @ PMC

Siti @ Pusrawi
Sis Niza n Cik Fairuz

Mum n Daughter
Angah n Ehsan di R n R Utara
Di Port malam Khamis

hari ni tergerak hati membuka folder gambar2 lama.
Masing2 ada memoir.
mahu diabadikan disini
Asiari


comel tak?



Depan Rumah. Riuhnya kat bekang tu

Dengan orang2 kuat INTEC 2009

Birthday Girl - Prof Beep yang dikasihi

Jenguk Wawa di Transkrian


Cik Siti Rozana Afiqah

Angah n Along di pekan AG Melaka

Pertama kali ke Puncak Alam

Wawa dengan idolanya (dulu la)

Fadhil the lasak boy

a