Friday, May 17, 2013

Useful tips!

1. Selalu kita guna kertas. kali ni guna foam. cuma foam tu tak environment friendly la.
Good to know!-- Moving? Pack your plates with foam disposable plates between them! Sooo much easier than wrapping each one in yucky newspaper! ADDED BONUS - You have lots of foam plates to re- use when you unpack... no need to do dishes while trying to set up House. OR Save them for your next BBQ or Picnic ! Originally pinned by Nancy Wolf onto Good Ideas and Good to Know


2. Vaseline Wonders
Helps remove eyelash glue, make-up, and hair-removal wax from skin – use a Q-tip for spot-removal

Nama Nama Yang Dilarang Islam

Nama adalah doa kepada seseorang, maka ibu bapa menjadi pemegang amanah yang besar untuk menamakan cahaya mata mereka. Nama hendaknya memiliki makna yang bagus. Janganlah memberikan nama hanya mengikut perasaan, asalkan indah dan sedap didengar tanpa mengetahui makna yang tersirat atau maksud sebenarnya.  Jika nama tersebut buruk dan memalukan, maka ibubapa boleh dikira berlaku zalim dan derhaka pada si anak.

Wednesday, May 15, 2013

Solat iring waktu

Solat Sunat Rawatib

Amalan pertama yang akan dihisab pada hari Kiamat adalah SOLAT.
Allah mengarahkan malaikatnya sedangkan DIA Maha Mengetahui, 'Nilailah solat hamba Ku, sempurna atau kurang'.
Sekiranya solatnya sempurna, maka ia direkodkan sebagai sempurna. Sekiranya ada kekurangan,
Allah mengarahkan lagi, 'Adakah hamba Ku mempunyai solat sunat? Sekiranya ada, sempurnakan solat fardhunya dengan solat sunatnya...'

(Riwayat Abu Daud, Al-Nasaie dan Ibnu Majah)

 
petikan dari FB Studio.muslim

 

Tuesday, May 14, 2013

koleksi pantun si faris

kreatif betul jejaka hensem ni. Makcik bukan ciplak tau, cuma nak compile. Kagum dengan bakat selamba kamu. Tapi auranya jiwang2 gitu. Minat dari jauh je ke...?

  • Sana merak sini merak, Merak seekor makan jagung, Sana hendak sini hendak, Badan seorang mana nak tanggung.
  • Siang malan menanggung rindu,awak di sana tentunya tak tahu.
  • Bunga ros bunga melati, Bersama dengan bunga cempaka, Bila bersua idaman hati, Luput segala hati nan duka.
  • Budak-budak menjual pulut, Pulut dijual di pagi hari, Kasih adinda hanya di mulut, Kasih tak sampai ke dalam hati.
  • Kain genggang bajunya putih, Jahit mari gigi belalang, Sejak terpandang hatinya kasih, Tidak peduli nyawa hilang.
  • Hujan reda ribut berdengung, Tanam pinang di kaki tangga, Jangan dinda duduk termenung, Sapu tangan mengganti kanda
  • Kain selendang kesumba murup,Mari diikat rotan saga, Hati bimbang jangan diturut, Biar ditantang jangan diaga.
  • Satu suit tidak berlantai, Satu padi disuruhlah tumbuh, Tidak berduit biar bergadai, Turutlah hati sungguh-sungguh.
  • Lancang kuning lancang pusaka, Lancang tidak boleh berganti, Biar kering laut Melaka, Saya tidak mungkiri janji.
  • Kalau tuan berakit buluh, Biar saya berakit kayu, Kalau adik cara menyungguh, Biar saya menanggung rindu.
  • Hancurlah rakit dari hulu, Singgah ke lubuk kailku kena, Alang-alang sakit menahan rindu, Biar duduk biar mengena.
  • Padang lampung berbambu perindu, Kuini cempedak tumbuh melata, Sedangkan sekampung hatiku rindu, Inikan pula jauh di mata
  • Sayang tekukur digulai lemak, Sayang selasih saya lurutkan, Biar lumpur jalan pun semak, Kerana kasih saya turutkan.
 

Kata Warnina dan Rozi


#Parenting tip. Belikan buaian kecil dan letakan di rumah samada di dlam atau luar. Selalu benarkan/biarkan anak-anak menaiki buaian.. Anak2 saya selepas pulang sahaja dari sekolah, beg sekolah akan dicampak tepi dan akan terus menuju ke buai di halaman rumah kami. Kenapa? Kerana buai/ayunan menghilangkan stress dan memberikan ketenangan. Selama 9 bulan dlam rahim ibu kita, kita sebenarnya dibuai..bayi suka dibuai... Antara lain kebaikan buaian:

Cognitive benefits
Outdoor swings often aid in movement and perceptual skills as well as spatial awareness, mental representation and sensory integration - the process by which the brain organizes and interprets information. Playing on the swings can also help improve balance.
 

Quotes - koleksi dari FB dan Twitter

“The moment we love anything more than our creator, that very thing we love more will become the cause of our greatest pain.“  - Sister Yasmin Mogahed








Petua Imam Syafie

Photo: PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal.

♥sharing is caring ♥


Bantu kami meramaikan page dakwah,like -->> I Am Proud To Be A Muslim





  

KISAH WALI ALLAH DAN PADERI SAMA'AN


Peri pentingnya menjadi orang yang BERILMU dan tahu memanfaatkan ilmunya. 
Sesungguhnya yang lebih dikasihi Allah ialah mukmin yang berilmu.


dari FB - I Am Proud To Be A Muslim

KISAH WALI ALLAH DAN PADERI SAMA'AN - 50 SOALAN LAWAN 1 SOALAN.

Ini adalah kisah yang masyur dikalangan Ilmuan Islam.

Abu Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, ” ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.”

Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.

MENJAWAB 50 SOALAN

Ketua paderi berkata, “wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikut agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuh kamu.”

Jawab Abu Yazid, “baiklah! Tanyalah apa saja yang kamu ingin tanyakan.”

Ketua paderi itu mengemukakan 50 soalan berterusan dan selepas ini Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.

Al Quran dan Ujian Pemalsuan - Teori Matematik dari perspektif Dr Gary Miller


Dr. Gary Miller merupakan seorang pendakwah yang sangat aktif dan sangat berpengetahuan tentang kitab Bibble. Dia mempunyai pengetahuan akan ilmu matematik yang bagus, itulah sebabnya dia suka berfikiran logik. Pada suatu hari, beliau memutuskan untuk membaca al-Quran untuk cuba mencari apa-apa kesilapan yang boleh dicari untuk dijadikan asbab untuk mengajak umat Islam untuk menukar keimanan kepada agama Kristian. Beliau menjangka Al-Quran untuk menjadi sebuah buku lama bertulis 14 abad yang lalu, sebuah buku yang bercakap tentang padang pasir dan sebagainya. Beliau kagum daripada apa yang dia dijumpai.

mari ingatkan diri

Posting akan datang adalah excerps dari bacaan menarik atau penting yang perlu sebagai rujukan dan peringatan dari semasa ke semasa. Dari hilang dalam FB atau mana-mana ruang cyber, baiklah saya abadikan disini supaya mudah cari semula.  Kreditnya pastilah kepada si penulis yang di ilhamkan Allah ilmuNya untuk dikongsi bersama.
Sekurang2nya blog ni tidak bersawang atau dimakan anai-anai...

Thursday, May 9, 2013

7 Mei 2013. Genap umur 50 (ikut kiraan Masehi - kalau Hijrah dah 51)

Suami tercinta mengarang lagi. Dua kali!
Ni yang dapat pagi2, semua orang nampak, sebab dia tulis kat wall then tag me.

Buat Isteri ku Khairun Khalid

Untuk ku madahkan, tidak secantik lukisan
untuk ku pamerkan rasa hati aku bukan pujangga

Isteriku
Cerah langit tidak ke petang
ribut melanda ditengah hari
sejuta ujian pastikan datang
segunung ombak pasti menghempas

kiranya dapat bintang dilangit
akan ku tempa jadikan kerongsang
kiranya dapat buih dilautan
akan ku anyam jadikan selendang

Namun
engkau lah sinar mentari
engkau lah taman dihati
Doa dan syukur sentiasa ku beri
untuk kau yg bernama isteri

ku kan bersama mu hingga ke senja
Selamat Ulang tahun istriku tercinta

Ini yang kedua, for me only... heehee

Ahmad Norain wrote on your timeline.
Isteriku,
Di sambutan hari lahir mu ini
ingin aku lakarkan sebuah puisi;
puisi yang setiap kali dibaca tak pernah rasa jemu

Namun kesederhanaan mengatasi semuanya
Maka pada Sang Pencipta aku berdoa
Moga dengan izin NYA
Keberkatan,keredhaan dan kebahagiaan dicurahkan NYA
untuk hidupmu, untuk kebahagiaanmu di Alam ini dan Akhirat sana

Sesederhana itulah alasanku
untuk kita yang saling mencintai,
untuk kita yang saling menjaga setia, sepanjang usia…
Untuk kekal bersama sebelum di panggil ke sisi NYA

Selamat Menyambut Hari Lahir Isteri ku...

Alhamdulillah.... rasa terharu dan suke!