Friday, October 30, 2015

Assalaamualaikum wr wb

Sesungguhnya Baginda Rasulullah SAW sangat sayangkan umatnya. 
Kita semua dibekalkan harta yang sangat berharga dan penting supaya dapat berkumpul bersama baginda di akhirat kelak.
Carilah, dan hayatilah. 

Antara yang utama:

1. Agama Islam  
Agama yang sempurna. Menyempurnakan semua agama Tauhid sejak zaman Nabi Adam a.s.

2. Kitab Al Quran
Al Quran sebagai mukjizat yang kekal sehingga hari ini. Loveletters from Allah, perintah dan ingatan untuk kita supaya buat yang disuruh dan tinggalkan yang ditegah.  Jadilah pemelihara dan penghayatnya - jadi Al-Hafiz sebenar bukan sekadar hafazan. 

3. Al-Hadis dan Sunnah 
Sebagai panduan menjalani  hidup ini. Semuanya telah dilalui oleh Baginda Rasulullah untuk kita. Jadikan Baginda sebagai contoh.  Mulakan dari yang mudah2 dulu,dan istiqamahlah. 
Hadis:  Barangsiapa yang menegakkan sunnahku dikala umat sudah rosak, maka baginya pahala 1000 syahid. 
Banyakkanlah berselawat, kerana sekali kita berselawat, Allah dan malaikat balas 10 kali (As Sajdah:56).  Begitu tinggi martabat dan fadhilat selawat itu. Sebab tu Nabi SAW kata orang yang bakhil tu ialah yang tidak berselawat bila namaku di sebut.  Kita bukan bakhil kepada dia, tapi kepada diri sendiri. Alangkah ruginya.

4. Umat yang bergelar MUSLIMIN 
Supaya umatnya dapat menjadi orang Islam yang MUKMIN.  Yang layak masuk syurga hanyalah ialah orang MUKMIN. Dapat dimanfaatkan ilmu dan ketaqwaannya kepada yang lain.  Berkasih sayang sesama manusia, terutama sesama Islam, sentiasa berjemaah.  Nabi SAW dulu lagi dah anjurkan TEAMWORKING.

5. Syahadah yang sempurna. 
Sedar dan menyaksikan kita hidup sebagai hamba Allah SWTdan umat Muhammad SAW. Bukan sekadar ucapan kalimah syahadah, tapi menghayati dan menyatakannya.  


Macam senang je kan, tapi nak istiqamah dan mendudukkannya memang banyak dugaan.
Semoga Allah meminjamkan kekuatannya kepada kita untuk mencari keredhaanNya.


Wassalamualaikum wr wb.