Sedutan dari Blog Prof Kamil: http://muhdkamil.org/blog/2012/08/31/kt-1/
Harapan yang tidak putus-putus...
Setahun yang lepas, setiap kali berjumpa dengan jemaah, saya sering bertanya – “Apakah lima perkara yang bersungguh mahu kita laksanakan setelah pulang dari menunaikan fardhu haji?”
Konsepnya sangat mudah. Setiap jemaah mahukan haji mabrur. Haji mabrur tiada balasan kecuali syurga. Maksudnya – mengikut aturan – haji mabrur bukanlah ukurannya berdasarkan apa yang telah kita laksanakan semasa musim haji tetapi melangkaui seluruh usia kita.
Bahasa ringkas, ia hanya bermula sejurus meninggalkan Jeddah ataupun Madinah.
Natijahnya, sepanjang berada di sini, istiqamahlah dengan apa yang ingin dibawa pulang. Misalnya jika mahu dipertimbang,
Pertama, jika bercita-cita mahu solat berjemaah di masjid, usahlah di sini menjadi culas dan cepat tewas dengan cuaca, jarak atau pengaruh rakan sebilik.
Kedua, jika pulang nanti mahu kekal bangun malam, maka di sinilah latihan yang perlu disemai biar nikmat bangun solat malam itu meresap ke seluruh jiwa dan perasaan.
Jangan lupa, waktu Mekah dan Madinah lewat 5 jam daripada waktu Malaysia. 2 pagi di sini bersamaan jam 7 pagi di Malaysia. Usah besarkan tidur!
Ibadat haji umpama kita kembali ke zaman kanak-kanak bila masa ibu dan ayah mengajar kita menggosok gigi yang kekal sehingga ke hari ini. Ia proses sehingga kita ke alam remaja.
Ketiga, jika mahu memahami al-Quran, tanamkan niat untuk membacanya dan membaca terjemahan al-Quran. InsyaAllah, al-Quran akan menjadi teman kita sepanjang hayat.
Keempat, belajarlah puasa sunat terutamanya puasa hari Isnin dan Khamis kalaulah puasa nabi Daud itu terlalu sukar. InsyaAllah, Allah akan berikan rasa nikmat sebenar-benar berpuasa.
Lalu bila pulang ke Malaysia – InsyaAllah – kita tidak akan memilih berbuka puasa di rumah dengan meninggalkan solat Maghrib berjemaah di masjid.
Allah… Allah… Allah… biar kita menjadi golongan yang sedikit daripada jemaah yang berjuta.
Kelima, bersihkan hati sanubari. Sesungguhnya tiada sekutu bagi Allah, tiada sekutu bagi Allah. Lakukan segala-galanya keranaNya. Banyakkan berdoa, bertaubat dan meminta kepadaNya. Dan rutin inilah yang mahu dibawa pulang diamalkan sepanjang hayat.
Insya Allah, Amiin Ya Allah.