Kasih sayang menuntut pengorbanan.
Bakti dan bukti menuntut pengorbanan.
Hati mesti KUAT.
Pertahankan sabar walau diri terkorban.
Ya Allah, hanya dengan izin dan redha Mu jua.
Pinjamkanlah aku kekuatan dan kesabaran Mu
Agar hatiku kuat melaksanakan Bakti dan Bukti yang kau amanahkan ini
Amiin Ya Rabbul 'Alamin
Selepas doa ini, aku digerakkan untuk menghayati surah At-Taghabun. Tidak tergambar sayunya rasa hati segala firman Allah yang memarahi, memujuk dan membimbing ku, menjawab segala permasalahanku sekali gus. Aku hanya mampu tersungkur dan menangis mengaku segala kesalahan dan kejahilan. Ampunkan keangkuhan ku Ya Allah. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Membimbing untuk aku lalui hidup yang penuh suka duka ini.
ReplyDelete64 Surah At-Taghabun Ayat 11:
ReplyDeleteTidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Hayati bacaan dan terjemahannya di sini
ReplyDeletehttp://www.alquran-melayu.com/64-at-tagabun/
haaa kenapa pulak ni
ReplyDelete