Sangat indah, sangat setuju
kita tiada apa-apa...
kita ...tiada...
Hayati...
Sunday, December 13, 2009
syahadah
mula-mula kau bertanya,
siapa namaku
dan dari mana asalku
tegas jawapanku, kerana aku kenal benar pada diri
sangat pasti pada keturunan serta kedudukan
diperkisahkannya tentang amalan kedua ibu bapa
yang membolehkan kehadiranku
- setitis air suci
kau bertanya –
apakah kedudukan dan status keturunanku pada waktu itu
maka aku akur – tidak sangat berharga
kemudian kau memujuk,
bukankah datuk kita dahulu adalah adam
yang kampung asalnya syurga
malaikat sujud dihadapannya
bukankah baik kejadian dan sifat keturunan
tetapi
maksud adam itu, tiada
tidak ada apa apa pada adam waktu itu
kecuali yang disampaikan oleh zat Allah
diterima akal, maka aku setuju
adam itu cuma satu ciptaan oleh kasih yang penuh
yang tidak mempunyai apa apa
melihat ke dalam alam
hujahmu,
kita ini dijadikan daripada cahayaNya yang istimewa
duduk di alam yang terperlihara
sangat mulia
sehingga tiba ketika
ditiupkan pada jasad dan lahir kedunia
selepas itu
kau perkenalkan
setiap mukmin itu sebagai ciptaan yang terpuji
kerana manusia itulah
khalifah dan wakilNya
dan setiap sesuatu di dunia ini diciptakan untuk manusia
diberi petunjuk daripada kaum tersendiri
disampaikan rezeki seluas alam
bukankan hebat makna kejadian
benar akulah insan terpuji
akhir sekali kau mengusulkan tentang azan
anugerah yang dibekalkan pada malam isra’ mikraj
kepada umat muhammad
seruan yang memanggil kita semua
menyatakan setuju pada nikmat
sebelum berdiri dalam kusyuk
kau bertanya,
siapakah yang mendatangkan kuderat sebagai saksi
aku faham dan akur sekali lagi,
semuanya, milik Ilahi
kau menambah,
bukan sahaja pancaindera
malahan nafas itu pinjaman semata
diberikan hak memakai sahaja
dan harus pulang kepada empunya
aku terpegun,
kita ini fakir rupanya – tidak punya apa apa
katamu,
hanya seorang hamba yang tidak punya apa apa
dan kenal pada diri sahaja yang layak menemui penciptanya
aku perlu menanggalkan nama, rupa, keturunan, kedudukan
malah akal dan fikiran ditepi sejadah
kosong dan berserah
aku perlu menjernihkan hati
rendah diri
ketika itu aku akan dijemput masuk sebagai hambaNya
disitulah hebat dan tinggi makam
sebagai mukmin dalam rahmat
apabila digerakkan menjadi tetamuNya, setiap hari
berkali kali
taman melawati
sept 2006
terima kasih kepada suhaimi yang mengajar
kini antara mulia atau hina, miskin rupanya kita pada peribadi dan semuanya atas kehendakNya.
aku sedar bahawa sebaik baik tempat berteduh adalah dihamparan sejadah ini,
pada sujud & syukur
No comments:
Post a Comment
Respon di sini