Monday, May 8, 2017

Hinaan dalam kesenangan

Allah panggil kita kembali kepada Nya 7 kali sahaja dalam hidup ini, seruan agar beriman, jika sudah 7 kali dipanggil, Allah akan tinggalkan kita. na'uzubillahminzalik! Contoh panggilan Allah: Seruan baca Quran - didatangkan guru untuk mengajar, melihat AlQuran. Seruan mendirikan solat - mendengar azan, melihat masjid, melihat orang solat. Seruan mengeluarkan zakat - zakat fitrah, melihat orang susah, bantuan bencana alam, income tax.

Kaedah mengelakkan istidraj - hinaan Allah melalui limpahan nikmat sehingga kufur.

Beryukur, dengan mengerjakan solat dan mengeluarkan berzakat. (Amal berkembar : Dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat). Zakat diri, harta, ilmu etc.
Banyakkan amal. Ada amal yang bila dilaksanakan diberi ganjaran berlipat ganda sebab Allah tau kita tidak mudah beramal.
Perlu tegakkan supaya sifat buruk dibendung oleh sifat baik melalui amal-amal yang didirikan. Amal menjadi penyelamat bagi iman, membawa kita kembali kepada Allah. Allah tahu kita mampu lakukan kerana segala bantuan juga diberikan.

No comments:

Post a Comment

Respon di sini