Tuesday, March 8, 2011

Isnin yang PANASSSS

Semangat kerja tinggi. Sudah siap nak mesyuarat dengan 'orang-orang besar'.
Tiba-tiba disuruh batalkan sebab ada mesyuarat lain yang tak cukup quorum.
Berjenuhlah menelefon untuk batalkan janji.
Mesyuarat meleret-leret untuk semak permohonan guna wang rakyat
ada yang lurus, ada yang telus, tidak cicir yang cuba menangguk di air keruh

Kembali ke pejabat selepas zohor. Penat dan panas.
Buka muka buku untuk melegakan penat tapi apa yang ku dapat?
Tayangan hebat itu belum habis lagi rupanya.
kali ini lebih berani. malah katanya ada yang lebih berani.

Maaflah
matlamat tidak pernah menghalalkan cara
apa juga alasannya.
bila kecundang, radang, dendam bertandang
mengecam, menghina, mengejek jadi bahan hilai tawa
ini semua kerja gila!
Iya...
kalau hasratnya tercapai
pasti semuanya dihalalkannya
pasti semua pekung ini ditutup elok
hanyirnya pun tidak terbau

Namun
Belum habis panas ku
diberitakan pula tukaran perjalanan
kepada sesuatu yang dulunya dia sendiri merendah-rendahkan

Apakah aaku sedang di hina Allah?
Ya Tuhan, aku mohon ampunan Mu
Si tanduk menghasut kata
kerana dosa dia, kamu semua sama terpalit

aku mandi, aku mohon api ini dipadamkan
hangat terus menerpa hingga ke muka
kemana hilang sabarku?
kenapa kalah begini?
malah wajah di cermin tidak sanggup ku lihat. merah, panas dan marah.

Selesai maghrib, kepala kunjung berpusing.
anak dikasihi membantu melurut kekejangan
perlahan-lahan air mata jatuh.
Ya, airmata seorang perempuan
itu lah ubat yang telah Kau siapkan
untuk melerai bebanan gunung yang dipikul

perlahan-lahan
panas itu pergi
sakit itu sirna
dan hati kembali tenang
Pujuklah
aku perlu tempat bergantung.

1 comment:

  1. Asal 10 petang jadi 11 malam. Tapi batal pula. Diganti 11 petang. maka berkampunglah di lapangan. Kehendak Allah mendahului. Jemputan belum juga sampai.
    Sabar dan rusuh silih berganti menati berita.
    Akhirnya, sehampir maghrib diberitahu. Perjalanan kamu lulus tapi pecah 3. 15/3 jam 2 pagi, 15/3 jam 3 petang dan 16/3 jam 2 pagi. Aku dalam kumpulan ke 3 bersama geng otai dan dan lain2 berjumlah 35 orang.
    Labbaikallahumma labbaik
    Labbaikkalaa syarikala kalabbaik
    Innalhamda, walnikmata, lakawal mulk
    Laa syarikalah
    Dengan izin dan redha Mu Ya Allah,
    ampuni dan terimalah kami....

    ReplyDelete

Respon di sini