Wednesday, October 6, 2010

Zikrullah


Kita ini dijadikan Allah untuk mengabdikan diri kepadaNya. Zikir bererti ingat. Maka Zikrullah itu bermakna mengingati Allah. Kaedahnya terlalu banyak. 

Allah berfirman dalam surah Ali Imran Q3:191 -  
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.

 Rasulullah S.A.W. pula berpesan dalam hadisnya :
Janganlah manusia itu banyak bercakap, kerana banyak bercakap tanpa mengingati Allah akan mengakibatkan kerasnya hati. Orang-orang yang keras hatinya itu jauh daripada Allah

juga Firman Allah dalam Surah Az Zumar Q39:23 
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya. 

Surah Al Anfaal Q8:2
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah

Surah Ar Rad Q13:28
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, hati menjadi  tenteram. 

 
Marilah kita sama-sama mengamalkan doa ini agar Allah menetapkan kita dalam taufiq dan hidayahnya.

Ali Imran Q3:8

(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. 

Hanya dengan izin dan redhaMu Ya Allah. Amiin Ya Rabbal Alamin

No comments:

Post a Comment

Respon di sini