Kerja banyak akhir2 ni. Buat kerja dua orang, kerja sendiri dan kerja orang.
Tapi minggu ni dah mula study week, jadi agak aman. Student kurang dalam kampus. Ada yang dah balik kampung, ramai lagi yang duduk luar. Exam hanya bermula pada 25 Oktober ni. Harap2 hari ini janganlah ada lagi yang telefon / ketuk pintu pukul 5.15 kata "Puan.., boleh saya ambil kunci untuk guna DK500. Saya dah buat tempahan sejak lepas raya". Dan bila disemak... TAKADA !?? DK500 pulak dah diberi kepada pemohon lain.
Oh penat..! terpaksa buat magic dan sakitkan ketenteraman ramai orang supaya event mereka tak cancel. Alhamdulillah, masih ingat memulangkan semuanya pada yang Maha Berkuasa. Confiden bahawa apa pun yang datang kita mampu lalui. Tawakal banyak2 padaNya. Rupanya permohonan dia ada, tapi tak update dalam planner, makan menjadi tempahan bertindih.
Satu lagi right the day after. Pertindihan tempahan juga, tapi oleh fakulti yang sama, nama event sama, masa mula berbeza. Masing2 dah nak cemas. Tapi kesudahannya, memang event yang sama, adoiyai. Buat serabut je. Lain kali semak le sama bestfren awak tu dia ada book dk ke tidak. Apa la berebut2 nak kan dk500 yang jauh dan tak friendly tu. Elok lah guna dk300 yang dekat dan lebih terkawal.
Well, things turn out just fine on that friday n saturday. Alhamdulillah...
In the nutshell, Dewan2 tu saja nak mintak manja, sebab saya dah lama tak jenguk mereka selepas tugas ni didelegate kepada staf. Selamatlah wahai dewan-dewan yang menyaksikan kecemerlangan pelajar kampus Puncak Alam.
No comments:
Post a Comment
Respon di sini