Pesanan Bestari
Ubat hati ada lima perkara
1. Bacalah Quran dan maknanya
2. Dirikanlah solat malam
3. Berkumpullah dengan orang-orang soleh
4. Banyakkanlah berpuasa
5. Panjangkanlah zikir malam
Jika dapat mendirikan mana-mana satu, atau semuanya, mudah-mudahan Allah SWT akan memberkati.
Istiqamahkan...
Pesan Imam Ghazali:
“Carilah hatimu di tiga tempat… Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pintalah hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati”
No comments:
Post a Comment
Respon di sini