Tuesday, August 31, 2010

Berpalinglah... hanya pada DIA

Bila Allah turunkan ujian, Dia nak tengok kepada siapa kita berpaling.

Ya, ujian itu datang bagai tamparan yang sememangnya tidak dijangka.  Sebenarnya hati amat kecewa dengan kenyataan itu. Tapi sedar, peranan kita di situ dah selesai. Tak perlu lagi mempertahankan hujah. Tiada siapa mahu dengar. Kefahaman kita tidak sama, tidak sehaluan rupanya. Sedih dan kecewa, Allah saja yang tahu. Tapi tak apa. Semua ini ada hikmahnya. Tinggalkan, mohon ampun, baiki diri.

Merayu...? tidak lagi. Mungkin nampak kejam, tapi itulah realiti. Teruskan saja hidup. Hadapi pula peranan baru ini, dapatkah dilalui dengan sabar dan redha.

I know I do. I can. I must.  Bila Allah pilih untuk melaluinya, dia sudah siapkan segala keperluannya. Pandai-pandailah mengadun bekalan yang diberi. Mengeluh? Merungut? Menangis? Boleh... silakan. Tapi hanya pada Dia. Dan serta merta juga Dia pujuk dan ubati. Hati jadi lapang dan tenang kembali.

Yakinlah, hanya pada DIA.

No comments:

Post a Comment

Respon di sini