Bas bergerak lesu dari Jeddah ke Makkah. Perjalanan sekejap terasa lama sekali. Tertidur dan terjaga beberapa kali macam berjalan jauh. Tapi tiba2 terdengar jemaah dihadapan memanggil, Ya Sheikh, kita sudah sampai! Dalam terpinga2 terkejut dari lena, yang terlihat ialah kesibukan pekan dengan manusia berjalan sana sini berselang seli kenderaan. Masjidil Haram tak nampak lagi dek bangunan yang rapat-rapat sebelah menyebelah. Ada lori besar menyekat jalan masuk ke hotel. Bas berhenti dan kami turun berjalan jauh sedikit untuk check-in ke hotel.
Cuma 20 minit diberi. Kami cepat2 membaharui wudhu dan salin telekung baru untuk mengerjakan umrah pertama. Ya yang pertama dalam hidup ku! Hati melonjak dan berdebar2 seperti akan bertemu kekasih yang amat dirindui. Tapi masih tertanya2 di mana Masjilil Haram, jauh ke dekat, kenapa tak kelihatan di sekitar? Tapi langkah diteruskan juga turun segera ke luar hotel. Kawan2 ada yang sudah menanti. Kak Zaimah, sahabat yang duduk disebelah ku sepanjang penerbangan menggamitku supaya hampir kepadanya. Dia berdiri agak ke tengah jalan depan hotel. Ditempat lori yang menyekat jalan tadi. Segera ku mendapatkan kakak kesayangan ini.
"Tengok tu, dekat sungguh kita dengan Masjidil Haram..." Demi aku menoleh ke kanan, hati terus diruntun sayu dan syukur yang tak dapat dihurai dengan kata-kata. Hanya air mata yang turun berdrai-derai. Kak Zaimah memelukku, memahami gejolak hati insan yang pertama kali menatap Rumah Suci ini. Ya Allah, aku bersyukur pada Mu Ya Allah. Kau izinkan juga aku sampai ke sini. Ya Allah, Aku sudah sampai, aku sudah sampai ke sini! Labbaikallah humma labbaik!
Ustaz Deng mengajak kami berjalan bersama-sama menuju Masjidil Haram. Seperti yang telah diingatkan kami akan masuk melalui pintu 56, dan menyusur jalan dalam sebelum turun ke dataran. Ini laluan yag diikuti Rasulullah SAW. Kita mengikut sunnahnya. Menghampiri Baitullah melalui Babul Salam yang asal, walau kini sudah tiada. Airmata tidak berhenti mengalir, hati terus mengalunkan tasbih dan istigfar silih berganti. Doa masuk masjidil haram dan doa melihat kaabah berselang seli dihati dengan hafazan yang tak keruan dek bebaran yang tak berhenti2. Mata sempat mengerling ke dalam masjid dan terlihatlah ribuan manusia bergerak dan diam didalamnya. Kaabah masih belum kelihatan.
Tiba2 Ustaz memberi isyarat berhenti. Dan Pintu 56 Babul Madinah terpampang didepan mata. Nafas bagai tertahan. Kulepaskan perlahan dan mengucapkan Bismillah. Sekali lagi nafas naik dan diam diubun2. Syahadah diisi. Selipar dan sepatu disimpan dengan niat diwakafkan. Pesan Ustaz, "Kalau ada orang nak pinjam, dia sudah tidak terhutang izin dengan kita. Kalau hilang, redha saja. Mudah2an orang yang memakainya pun dilimpahi hidayah Allah untuk berbuat kebaikan." ya, kami akur dan ingat pesanan Ustaz yang dikasihi. Ini masanya membersihkan hati dan diri. Segala hal duniawi dinipiskan senipis-nipisnya. Nafsu-nafsu mazmumah dibenamkan jangan benar bangun sama sekali.
Kemudian Ustaz mengarahkan kami sama2 memulakan istigfar, 7 jahar dan 7 sir. Istigfar dengan sesungguh hati, mohon keampunan Allah supaya kita diterima. Rasakan kesayuan itu. itulah tanda kita diterima menjadi tetamunya. jika masih ada rasa angkuh dan sombong, teruskan istigfar sehingga nafsu mazmumah itu kalah. Lalu Tasbih dan Babul Salam dibaca sepenuh hati juga.
Allahumma anntassalam, wa inkassalam, wailaika yaudussalam, fahaina rabbana bissalam, tabaraktarabbana wata'alait, Yazaljalali wal ikram. Allahummaftahli abwaba rahmatika wamagfiratika, waadkhilni fiha bismillahi walhamdulillah. Wassolatu wassalaamu ala rasulillah, wa'ala alihi wasahbihi wassalam.
Dan dengan langkah kanan, penuh hati-hati dan rendah diri kami memasuki Masjidil Haram.
Wahai Allah, sungguh indah dan aman rumah yang suci ini, terdengar suara2 bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir. Dan demi menoleh ke kanan semasa berjalan membelok untu ke dataran, Kaabah terlihat berdiri teguh di tengah dataran. Hati lidah terus bertakbir memuji kebesaran Ilahi.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar! Lailahailallahu wahdahu laasyarikalah, lahul mulku walahulhamdu yuhyi wa yumitu wahuwa ala kulli syai'in qadir. Allahumma zidhu tasyrifan, wa ta'ziman, wamahabatan, wa birran.
No comments:
Post a Comment
Respon di sini