Perjalanan ke Tanah Suci bermula pada jam 10 pagi 25 Mac seusai solat musafir. Muhammad Fadhil anakku melaungkan azan dan aku melangkah keluar rumah. Bermulalah musafir ku menjadi tetamu ALLAH.
Tiba di KLIA jam 11.00 seperti yang dijanjikan. Satu demi satu keluarga sampai, menghantar atau dihantar.
Perasaan amat teruja, saat dinanti tiba jua. Sambil menunggu sempat bertegur sapa dengan jemaah lain dan keluarga mereka. bergambar disana sini, merakam memori. Kemudian makan bersama anak2 dan suami, kecuali wawa, dia tetap dihati.
Tiba masa berangkat kami sama2 mengaminkan doa yang dibaca Tuan Presiden. Wajahnya jelas sedih kerana tidak dapat menyertai. Begitu juga yang lain, terutama suamiku tersayang. Tangisan dihatinya dapat kurasakan. Abang, amanahmu kugenggam dan akan cuba ku laksanakan. Terima kasih yang tidak terhingga kerana izin dan redhamu melepaskan aku ke sana
Selesai urusan immigresen kami terus ke surau. Waktu solat sudah masuk. Lalu solat jamak takdim zohor dan asar dan mula mengikat ihram dengan berniat ihram, solat sunat ihram, sunat taubat dan beristighfar, ritual pertama dilaksana selepas kuliah lebih 6 kali ahad. Alhamdulillah, kepadatan Makkah digambarkan disini, sempit dan berhimpit2, menguji kesabaran dan redha. Teringat pesan Ustaz yang di kasihi, "Sentiasa letak diri dalam redha, apa juga yang Allah hidangkan terima saja, jangan banyak songel. Dia tuan rumah, kita tetamu, jadilah tetamu yang disukai. Suka hati Dialah nak layan kita macamana." Ya, saya akur. Wahai Allah, terimalah aku menjadi tetamuMu yang diundang
Penerbangan yang sangat selesa dan tenang. Talbiah dilafaz berulang2. Berzikir, baca quran bersolawat dan rehat. Takda dugaan dalam penerbangan. Tiba di Jeddah jam 9 malam waktu tempatan, selepas hampir 9 jam perjalanan. Kerenah imigresen pak arab sudah dijangka. Masa kosong dipenuhi dengan solat maghrib dan isya yang dijamak juga. Dan masih memegang sabar dengan talbiah zikir quran dan solawat. Selepas menaiki bas kami diduga. Dua passport jemaah tidak ditemui pihak muasasah walau jelas dimata ramai saksi ia sudah diberikan. Dan terkandas kami lebih 1 jam lagi.
Seorang sahabat mencadangkan kami solat taubat. Oh ya! mengapa terlupa pesanan ini! Jadi kami bergegas masuk kembali ke airport untuk mendirikannya. Tapi Allah lebih mengatur, baru sampai di gerbang, kami dipanggil balik ke bas. 'Urusan mencari boleh ditangguh, jemaah boleh bergerak ke Makkah sekarang'
Alhamdulillah,bergitu cepat Allah memberi ampun dan jalan untuk kami.
(bersambung..."Tiba di Makkah")
No comments:
Post a Comment
Respon di sini