Bismillahirrahmanirrahim.
Hutang yang tidak terbayar. Hadiah yang tidak ternilai.
31 Mei, pada jam 04:32 petang, aku telah selamat dilahirkan. Tarikh yang telah ditakdirkan bagiku untuk melihat dunia. Dengan pengorbanan dan kasih sayang dari ibu dan bapaku, aku dibesarkan dan diberi tunjuk ajar. Agar dapat membezakan yang betul dengan yang salah, yang baik dengan yang buruk, dan yang haq dengan yang batil. Dengan kesabaran dan ketabahan, aku diberi didikan yang mencukupi, yang terbaik, dan yang berterusan. Agar aku menjadi seorang yang ingat pada Tuhannya, kasih pada Rasulnya, taat pada ibu bapanya, dan menjadi hamba yang sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada yang Maha Esa.
Tarikh hari lahirku bukanlah hari bagiku untuk meraikan hadirnya aku ke dunia ini. Tetapi adalah tarikh untuk memberi peringatan pada diriku. Peringatan tentang pengorbanan dan kasih sayang yang telah diberikan dari ibu dan bapaku. Peringatan tentang betapa singkatnya lagi masa yang tinggal. Peringatan untuk diri ini yang lalai dari masa ke semasa. Dan peringatan agar tidak lupa jalan untuk kembali dan memohon keampunan.
31 Mei adalah tarikh permulaan aku diberikan segalanya oleh ibu dan bapaku, dengan harapan aku membesar menjadi seorang yang berguna.
Terima kasih mama. Kerana melahirkan angahbke dunia ni. Terima kasih ayah. Kerana membesarkan angah selama ni. Melayan kerenah buruk dan nakal angah. Bersabar dengan setiap kesusahan yang angah timbulkan. Angah akan sentiasa ingat tunjuk ajar, didikan dan ilmu yang mama dan ayah beri dan tunjukkan pada angah. Angah akan sentiasa mendoakan segala kebaikan untuk mama dan ayah. Angah akan cuba untuk jadi anak yang baik seperti yang mama dan ayah harapkan. Segala yang mama dan ayah telah berikan pada angah selama ni takkan mampu angah balas sampai bila-bila. Terima kasih mama. Terima kasih ayah.
Angah sayang mama dan ayah.
======================================
Alhamdulillah...
mama ayah pun sayang angah
dan semua anak anak mama
Semoga kita aman bahagia di dunia dan akhirat

No comments:
Post a Comment
Respon di sini