Thursday, June 25, 2015

Apa khabar blog.
Penat dah bekerja.
Rasa hati nak bersara awal.
Tapi belum ada apa2 persediaan.
Jalan-jalan jumpa laman ni.
Nasihatnya bagus.
Terima kasih ya.

http://thevocket.com/17-persediaan-sebelum-berhenti-kerja/

Jom semak dah boleh bersara lom...

// 1. Sediakan simpanan 36 bulan perbelanjaan bulanan. (Perbelanjaan asas seperti ansuran rumah,kereta,makan dan lain-lain)
// 2. Kurangkan komitmen hutang pada bank, sebaik-baiknya terus langsaikan hutang piutang yang ada.
// 3. Sebaik-baiknya telah ada kelengkapan asas (rumah/kereta)
X 4. Buat bisnes yang aliran tunai pantas (trading). Elakkan model bisnes consigment untuk permulaan.
X 5. Buat bisnes secara sambilan dahulu, cuba selama 6 bulan, jika pendapatan bersih dari bisnes 3kali ganda melebihi gaji pokok, boleh buat keputusan.
X 6. Jauhi model bisnes yang memerlukan kita untuk membuat pinjaman dahulu.
(pinjaman untuk kembangkan bisnes atau bisnes sudah stabil boleh  dipertimbangkan)
X 7. Kenalpasti tujuan utama mahu membuat bisnes. Mahu banyak duit atau mahu kaya-raya?
Banyak duit= Kaya sendiri. Kaya-raya = Legasi perniagaan
X 8. Persediaan mental dan emosi sangat penting. Sebab tu perlu ada simpanan 36 bulan perbelanjaan bulanan supaya apabila bisnes jatuh, punyai ketenangan jiwa untuk berfikir.
// 9. Jika ada simpanan RM3,000 hanya guna RM1,000 sahaja untuk memulakan bisnes. (Guna 1/3 simpanan sahaja supaya kita masih boleh bernafas sekiranya bisnes jatuh)
X 10. Pastikan kita telah dikelilingi dengan sahabat dan mentor bisnes bagi mengekalkan momentum.
X 11. Jika mahu terus terjun dengan bidang yang diminati, berkuli dengan mereka yang telah berjaya dan dapatkan pengalaman dengan mereka sebelum mula buat sendiri.
// 12. Dapatkan restu dari ibu bapa atau suami/isteri (keberkatan)

// 13. Bersedia untuk ikat perut sekiranya pada fasa pertama bisnes masih belum untung. (Jika 6 bulan tidak untung, tutup dan fokus bisnes lain atau tukar lokasi)

Hmm... banyak X dari //
Kena buat persiapan dulu, nanti kita semak lagi ya Blog.
Bye now..

No comments:

Post a Comment

Respon di sini