Wednesday, April 24, 2013

Happy Birthday Wawa!

Cik Abang berkarya lagi!! Kali ini untuk Wawa tersayang sempena ulangtahun kelahirannya yang ke 15.

Puteri ku

by Ahmad Norain on Wednesday, January 19, 2011 at 7:28am

Untuk Puteriku Aina Mawwar di hari kelahiran mu 19 Jan

puteriku
ku tiupkan ayat suci diubunmu
ku tiupkan seruan solat ditelingamu
agar mekar kelopakmu sesegar embun pagi


puteriku
pesanku buatmu tentang ilmu
yang mencampak kekufuran
bila hidayah mendatang
jangan pinta petua dari sijahil
kerana fatwanya menyesatkan

ketika salahmu, ku tegur dengan manja
ketika betulmu, ku mensyukuri kepintaranmu
jangan pencilkan kesedihan dengan esakkan sayu
usah salahkan tuhan tika lara dan duka
ujian itu nilai sebuah kesabaran


puteriku
selimutkanlah dirimu  setebal solehahmu
merafaq nas hakiki
untuk mengangkat mu
sebagai bidadari firdausi
Selamat menyambut hari kelahiran buat puteriku

No comments:

Post a Comment

Respon di sini