Dengan بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Ku basuh tangan dalam aliran air mutlak
Melafaz niat membasuh muka
Sambil berdoa diputihkan muka di Mahsyar sana
Dan pohon tangan kanan yang kubasuh hingga ke siku
Bakal jadi penerima amalan selama di dunia
Dari ubun-ubun hingga telinga
Ku minta rahmat dan faham serta digugurkan jahil
Akan terlindung dari panas yang sejengkal
Juga kaki kanan bakal ditetapkan
Tika melintasi titian Sirah
Merentangi neraka panas membara
Dalam qiam ku bulatkan hati
Memusatkan minda hanya pada-Nya
Diriku ini adalah tiada
Merasa nikmat menghadap yang ESA
Kepada ALLAH
Tempat ku berserah merayu kala hatiku gundah
Yang ku terima dengan redha qada dan qadar-Nya
Dengan rendah hati seorang hamba
Dalam rukuk dan sujud
Ku letakkan diri sekerdil mungkin
Sambil mulut basah dengan pujian
Berteleku antara dua sujud
Khusyu’ mengharap ampunan dan belas
Dari Allah yang maha penyayang
Bersimpuhku dalam Tahiyyat
Kupacakkan ibu jari kakiku,
Dan telunjuk mengiyakan Syahadah
Merendahkan diri dalam lafaz pujian
Memuliakan Junjungan s.a.w.
Kusempurnakan afaal solat dengan dua salam
Tenggelam dalam lafaz istighfar
Memohon ampun pada-Nya
atas dosa dan khilaf seorang hamba
Yang hina lagi tak sempurna
Namun masih tegar mengimpikan syurga di sana
Maka, ku tadah dua tangan
Memohon doa dengan sesungguhnya
Merayu dan mendayu
Penyesalan yang bersatu dalam rasa dan minda
Seiring derai airmata
Ya Allah,
Ku pohon ampun MU Ya Rabbi
Atas dosa dan kekurangan diri
aku hamba yang menzalimi diri
ujilah aku mengikut mampu diri
Dan Kau tetapkan kalbuku yang Kau miliki
Agar teguh dengan petunjuk yang Kau beri
Rahmatilah hidupku, ibubapaku , keluargaku ,guruku dan jemaahku
Dalam pelukan kasih sayang-Mu
Lindungi kami dari panas neraka yang membara
Letak kan kami disi MU
Kerana, Kami hanya ingin hidup dan mati
Di dalam pelukan agama
Yang Kau redha...

No comments:
Post a Comment
Respon di sini