Thursday, November 4, 2010

rilis tensi

Hari ni rasa tertakan. belum teruk lagi. tapi kena lepaskan wap panas ni.
So saya beralih untuk jawab kuiz yang sama macam kak long.  here goes

1. Bekas kekasih saya adalah :
Seseorang yang mengajar saya bersyukur dengan siapa yang saya ada sekarang

2. Saya sedang mendengar :
bunyi keyboard yang diketuk-ketuk

3. Mungkin saya patut:
balik rumah dan tidur.

4. Saya suka :
bertenang buat kerja dan keputusan

5.Sahabat-sahabat baik saya :
mereka yang selalu ada di hati saya, walaupun lama tidak bertanya khabar
- saya akan doakan mereka bila mereka singgah di minda

6.Saya tak paham :
kenapa orang tak mengaku salah sendiri, tapi salahkan orang lain

7.Saya kehilangan :
masa senggang saya, BAK BALIK!!!

8.Ramai yang berkata :
saya orang kuat di sini. Tapi saya takda pun rasa macam tu. Mungkin Allah menguji saya

9.Makna nama saya :
Lebih baik tuhan.  Ya, saya ni takda apa2. Allah yang punya semua.

10.Cinta itu adalah :
Percaya, kesefahaman, perkongsian, komunikasi. Kalau tidak, baik lupakan saja.

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
mengharapkan saya bergerak bagi 'fairy god mother'

12.Saya akan cuba :
untuk tidak menghampakan diri sendiri dan orang lain kerana malas

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
selagi boleh bertahan, pertahankan!

14.Telefon bimbit saya :
nak yang baru. yang boleh ambil gambar cantik dan jelas, boleh?

15.Bila saya terjaga dari tidur :
bersyukur masih hidup.. dan fikir, hari ni hari apa ek?

16.Saya paling meluat apabila :
orang itu mengada-ngada 8P

17.Pesta/Parti adalah :
perjumpaan tahunan keluarga sebelah suami. Detik yang sangat menggembirakan :D

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Dolfin - dia sentiasa senyum...

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
zaman duapuluhan

20.Hari ini :
Saya sangat bosan tunggu waktu kerja tamat

21.Malam ini saya akan :
masak untuk keluarga sebelum pergi kelas. Saya akan dapat jumpa mak dan anak sulung saya. Horey!

22.Esok pula saya akan :
Bergembira rehatkan diri sempena citi dipavali  zzzzz

23.Saya betul-betul inginkan :
kepandaian memandu kenderaan supaya tidak bergantung lagi dengan orang lain

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
Huh! camana nak hilangkan rupa mengantuk ni?

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Adalah tempat untuk anak2 saya memaksa saya belanja diorang bazir duit. so... elakkan dari mendekatinya

26.Makanan Barat atau Jepun :
sedap belaka kalau halal dan betul cara masakknya. saya kan suka makan, terbukti ni!

27.Bilik yang terang atau gelap:
Terang, kalau gelap nyamuk datang.

28.Makanan segera adalah :
bege, pizza dan ayam goreng. kegemaran yang mesti dihadkan

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
terima kasih

30.Siapa yang anda nak Tag?
suami saya.

No comments:

Post a Comment

Respon di sini