Monday, June 21, 2010

Baju Ayah

Teh Rus - itu gelaran manja Allahyarham ayah untukku. Sebab dulu kurus sangat berbanding adik beradik lain. Tapi sekarang ... kurrsss semangat. Baju ayah boleh pinjam anytime!.

Ada satu tshirt sapura yang lembut dan sejuk kainnya. Ayah suka pakai yang itu. Ada beberapa helai yang serupa sebenarnya. Sempat cilok satu pun, pakai dalam jubah gi mengaji.

Tshirt itulah yang last tersarung ditubuhnya masa dibawa ke hospital sabtu itu. Bila di bawa ke wad, nurse tukar baju lain. Sekejap saja baju itu tersarung ditubuhnya. Masa kemas barang2 ayah, terjumpa baju tu dalam beg barang2nya. Langsung tak terlintas nak bawa balik basuh.

Rupanya itulah hadiah dan tanda ingatan akhirnya untukku. Teringat masih ada dalam beg selepas ayah selamat dikebumikan. Ku ambil lalu kusimpan dalam beg plastik. Jangan tercampur yang lain, jangan hilang baunya. Hanya anak2ku yang tahu aku menyimpan baju ini. Ku cium bila rindu melanda. Pastinya airmata akan tumpah juga.

Ayahku yang penyayang, dia telah pergi dengan tenang. Masih terbayang manis dan cemerlang wajahnya semasa dikafan. Hingga disaat akhir, masih tersenyum untuk kami yang dikasihinya.

Wahai Allah, hanya rahmat dan kasih sayangmu kuharapkan. Agar ayahku tenang dan bahagia disisiMu. Perkenankanlah Ya Allah.

No comments:

Post a Comment

Respon di sini