Hari ini sempat masbuk semasa solat zohor di kolej Angsana.
Suara anak muda yang menjadi imam jelas terdengar.
Rasa penuh syukur dapat berjemaah di tempat orang.
Alhamdulillah.
Semasa sujud dalam solat sunat selepasnya,
tiba2 terasa sedang sujud di Masjidil Haram
Lantai sejuk dan aman
Hati jadi sayu dan rindu tiba2.
Airmata jatuh berderai-derai takdapat ditahan.
Ya Allah, aku terlalu rindu pada kedamaian di rumah Mu
Bawalah aku lagi kesana Ya Allah.
Aku terlalu rindu....
Allahumma antassalam...!
p.s. kak rohaya.. mungkinkah kamu yang telah menyeru namaku di hadapan Baitullah tadi...?

No comments:
Post a Comment
Respon di sini