Tuesday, March 16, 2010

Rindu pada Mu

Tinggal 9 hari saja lagi sebelum berangkat ke tanah suci.
Kuliah ahad lepas mengupas hakikat ziarah.
Rinduku pada mu Ya Rasulullah, hanya Allah yang mengetahui.
Berlinangan airmata di setiap kuliyyah
Rindu Allah, rindu Rasulullah, rindu kampungku
Tempat berkumpul awal dan akhir manusia di bumi

Wahai Allah, dengan izin dan redha Mu
Permudahkanlah urusanku untuk meniti jalanan ini
Lapangkanlah hati dan fikiran ku untuk menghayati ayat-ayat Mu
Agar zikir tasbih, tahmid, takbir, istighfar dan semua pujian kepada Mu
Yang Kau kurniakan untukku
Dapat ku hayati dan lafazkan dengan tenang dan lancar
Semoga urusan ibadah ku terlaksana dengan sempurna
Hanya dengan izin dan redha Mu jua

Wahai Allah
Aku rindu pada Mu
Aku rindu pada Rasul Mu
Aku rindu untuk kembali pada Mu
Dalam linangan airmata
Aku insafi
Bahawa diri ini
Terlalu hina dan kerdil Ya Allah
Untuk meminta-minta pada Mu
Untuk mengatur-atur kehendak Mu

Namun aku yakini kebesaran Rahman dan Rahim Mu
yang tidak kenal jemu
menyeru aku untuk kembali pada mu
pada setiap saat dan ketika
hanya aku yang selalu lalai
dan leka menilik duniawi

Wahai Allah, aku redha terpelihara dalam tangan Mu
Aku redha segala ketentuan Mu
Sesungguhnya semua ini milik Mu
aku hanyalah hamba yang tidak memiliki apa apa

Radhitubillahi Rabba
wabil Islamidina
wabi Muhammadin nabi ya wa rasula
Allahummaghfirli wali walidayya warhamhuma kama rabbayani saghira
Allahumma ja'alni saburan waja'alni syakur
Allahumma aslihli sya'ni kullahu
Wala takilni ila nafsi tarfata 'aini
Ilahi anta maksudi
Wa ridha kamath luubi
Walaa haulawala quwwata illa billahi 'ali yil'adziim.
Aminn Allahumma ya amiin...


سُوۡرَةُ إبراهیم
رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى‌ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ (٤٠
رَبَّنَا ٱغۡفِرۡ لِى وَلِوَٲلِدَىَّ وَلِلۡمُؤۡمِنِينَ يَوۡمَ يَقُومُ ٱلۡحِسَابُ (٤١
Surah Ibrahim

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (40) Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan. (41) 
http://www.quranexplorer.com/Quran/Default.aspx

No comments:

Post a Comment

Respon di sini