Sunday, February 28, 2010

Pesanan untuk puteriku sayang

Sayangku. Lelaki yang warak tidak mahu bermain cinta. Kerana dia tahu apa tujuan perhubungan lelaki dan perempuan.-- yakni pernikahan.  Oleh itu, jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu dan kuatkanlah pendirianmu, Andai kata tiada cinta Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinar dan memenuhi jiwamu. Biarlah hanya cinta ibu bapamu yang memberi kehangatan dan kebahagiaan buat dirimu. Cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakanmu. 

Sayangku, cintailah Allah di kala susah dan senang, kerana engkau akan memperolehi cinta insan yang juga mencintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Ilahi. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Biarlah tangan yang menggoncangkan  buaian ini dapat menggoncangkan dunia dalam mencari keredhaan Ilahi.
- halaman 423 RADHA.

Along, kesedihanmu, kesedihan kami juga.  Kuat dan tabahkanlah hatimu melalui ujian ini.

No comments:

Post a Comment

Respon di sini